Pensyarah Kanan Didakwa Pengikut Freemason & Minum Arak, UM Mulakan Siasatan

LocalPolitics
12 Feb 2026 • 11:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Universiti Malaya (UM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan universiti itu sebagai pengikut Freemason.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum isu berkenaan dan akan mendapatkan gambaran menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Advertisement

image is not available

Siasatan akan dijalankan secara adil dan telus, berpandukan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

“UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, dakwaan berkenaan timbul selepas tular satu perkongsian gambar di media sosial yang mendakwa seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan terlibat sebagai pengikut Freemason.

Sehubungan itu, UM turut meminta orang ramai agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan bagi menjaga integriti siasatan dan privasi semua pihak yang terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-11 11:00:59

Pekerja Swasta Kini Boleh Mohon Kerja Fleksibel Termasuk 'Work From Home' - Menteri Sumber Manusia

The post Pensyarah Kanan Didakwa Pengikut Freemason & Minum Arak, UM Mulakan Siasatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article