UM Siasat Dakwaan Pensyarah Kanan Terlibat Freemason

LocalPolitics
12 Feb 2026 • 9:49 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

UM Siasat Dakwaan Pensyarah Kanan Terlibat Freemason

Universiti Malaya (UM) telah memulakan siasatan dalaman berhubung isu tular yang mendakwa seorang pensyarah kanan di universiti itu pengikut Freemason.

Dalam satu kenyataan, UM berkata siasatan dilakukan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh.

Selain itu, mereka juga perlu meneliti perkara tersebut secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

Baca juga:

"Orang ramai dinasihatkan agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan ini dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan, demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat.

"UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik," katanya.