
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sabtu lalu (7 Jun), tular di media sosial mengenai aktivis dan kartunis kontroversi, Fahmi Reza yang telah dihalang daripada meninggalkan negara.
Difahamkan, Fahmi pada Sabtu lalu ingin ingin ke Singapura selama dua hari satu malam untuk menyaksikan konsert gig dua kumpulan punk rock kegemarannya, namun telah disekat.
Perkara terbabit kemudiannya mendapat perhatian ramai termasuk Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang tampil memberi kenyataan.

Fahmi reza mahu heret kerajaan dan pihak berkuasa ke mahkamah
Terbaharu, Fahmi Reza menyatakan hasrat untuk mengheret kerajaan serta pihak berkuasa ke mahkamah berhubung isu sekatan ke luar negara itu.
Menerusi satu kenyataan semalam (8 Jun), dia menyifatkan maklum balas daripada Pejabat Perdana Menteri dan Razarudin hanyalah menuding jari antara satu sama lain tanpa sesiapa pun mengambil tanggungjawab.
“Aku tak nampak mana-mana pihak kerajaan yang berani ambil tanggungjawab atas kesilapan korang yang menyebabkan hak kebebasan bergerak aku disekat.
“Korang senang je cakap ‘tiada sekatan rasmi’. Tapi realitinya, aku tetap kena sekat semalam. Aku tetap tak dapat ke luar negara. Aku tetap dinafikan hak aku sebagai rakyat,” katanya.
Fahmi dakwa kedua-dua pihak ‘cuci tangan’ tak mahu mengaku salah
Dakwanya, kedua-dua pihak ‘cuci tangan’ apabila ‘tidak mahu mengaku salah setelah menyusahkan serta merugikan masa dan duitnya sebagai rakyat biasa’.
“Kalau rakyat buat salah, korang (kerajaan dan pihak berkuasa) tak tunggu lama untuk heret kami ke mahkamah. Kali ini giliran rakyat pula untuk heret pihak berkuasa ke mahkamah.
“Kerajaan dan pihak berkuasa bukan kebal. Rakyat patut berani melawan. Rakyat tak patut takut kepada kerajaan, kerajaan yang patut takut kepada rakyat.
“Korang selalu suruh aku ‘gunakan saluran yang betul’ kan? Okay, kita jumpa di mahkamah,” katanya lagi.

Anwar arah PDRM beri penjelasan
Sebelum ini, Anwar telah mengarahkan Timbalan ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap Fahmi.
Jelasnya, kerajaan menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada, oleh itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
“Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya,” tulisnya.
KENYATAAN MEDIA
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 8, 2025
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap saudara Fahmi Reza.
Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana ia tidak… pic.twitter.com/wMh0W9mos9
PDRM tak kenakan sekatan rasmi kepada Fahmi
Sementara Razarudi pula menyatakan PDRM tidak mengenakan sekatan rasmi terhadap Fahmi daripada melakukan perjalanan ke luar negara.
Bagaimanapun, beliau berkata, nama Fahmi telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalam PDRM berikutan siasatan kes terhadapnya yang masih dijalankan.
Ujar Razarudin, senarai itu tidak membawa maksud sekatan sebaliknya merupakan sebahagian daripada prosedur pemantauan yang lazim dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
“Berikutan itu, terdapat kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara pada 7 Jun lalu yang telah menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat.
“Situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemaskam prosedur sedia ada,” katanya dalam kenyatan semalam.
Sebagai info, Fahmi yang terkenal dengan satira politik telah dihalang masuk ke Sabah pada hujung Mei lalu.
Menurut Fahmi, dia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kemudiannya diterbangkan semula ke Kuala Lumpur.

![“Sebaknya Hati” – Wanita Dakwa 20KG Daging Korban Dibuang Di Pelupusan Sampah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![Tindakan Buang Najis Ketika Cuci Perut Lembu Di Sungai Undang Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/environment.jpeg)