Nahas Bas UPSI: “Hantar Anak Malam Tadi, Pagi Ini Dapat Tahu Dia Meninggal Dunia” – Ibu

9 Jun 2025 • 12:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru sahaja pada Sabtu lalu (7 Jun) seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha, sudah tentu kemeriahan meraihkannya bersama ahli keluarga serta sanak saudara masih lagi segar di ingatan.

Namun, siapa sangka, di sebalik kegembiraan itu, negara dikejutkan pula dengan berita satu kemalangan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Difahamkan, insiden berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik sekitar jam 1.10 pagi tadi melibatkan sebuah bas dan sebuah Perodua Alza yang mengorbankan 15 mangsa di mana 14 daripadanya merupakan penuntut universiti awam itu.

“Baru sahaja hantar anak menaiki bas semalam” – Ibu salah seorang pelajar yang maut

Seorang wanita dikenali sebagai Fieza yang merupakan ibu kepada salah seorang pelajar UPSI yang maut menyatakan dia baru sahaja menghantar anaknya menaiki bas terbabit pada malam tadi sebelum menerima berita duka itu.

“Baru malam tadi kami sekeluarga hantar anak sulung naiki bas, namun pagi ini saya dimaklumkan dia meninggal dunia dalam kemalangan,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya, dia sekeluarga mengetahui kemalangan membabitkan bas yang dinaiki anaknya, Fatin Nasrin Fadli, 22, pada jam 6 pagi selepas melihat Facebook.

Dapat perkhabaran anak meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Gerik

“Ketika itu saya hanya mengetahui anak kemalangan dan tidak tahu status keadaannya sama ada cedera atau meninggal dunia.

“Saya terus bergegas dari Jertih dan ketika dalam perjalanan, saya dihubungi pihak hospital mengatakan anak saya sudah meninggal dunia.

“Allahuakbar sedih sangat sebab dia baru balik beraya dan malam tadi kami menghantarnya dengan gembira kerana sepatutnya anak ada kelas hari ini,” katanya.

Menurutnya lagi, setakat jam 10.50 pagi tadi, dia masih berada di Tanah Merah, Kelantan kerana berlaku kesesakan jalan dan tidak tahu akan sampai pada jam berapa di Hospital Gerik.

“Kami sekeluarga memang terkejut memandangkan arwah adalah anak sulung dari lima beradik dan sepanjang pulang ke rumah beraya, dia sangat gembira,” katanya.

Bas bawa pelajar UPSI dari Jertih menuju kampus UPSI terlibat kemalangan maut

Terdahulu, bas persiaran yang membawa mahasiswa muda itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus UPSI di Tanjong Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan maut.

Seramai 15 penumpang termasuk kelindan bas yang membawa pelajar UPSI disahkan maut dan tujuh yang lain cedera parah.

@niknorhelwinanikdin 9 Jun 2025 – Isnin – 9.00 pagi Allah..Bau darah bila melewati tempat kejadian 🥺🥺😭😭 Kemalangan pukul 1 pagi tadi yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI di gerik. Allahh tak terkata rasa tu. innalillahiwainnailaihirajiun 😭😭 #upsi ♬ Sepi – 𝓗𝓘𝓡𝓐𝓨𝓐

Memetik Kosmo, ini adalah senarai nama pelajar yang menaiki bas tersebut:

1. FAKHRUL ARIF ROSDI
2. LILI SUZANA
3. MOHAMMAD AQIL TAQIUDDIN MOHD SOFIAN
4. MUHAMMAD ADIB HAZIM HALIM
5. MUHAMMAD SHAFIE MAT ANUAR
6. MUHAMMAD SYAHIR MOHD SABERI
7. NIK AMNI NADIAH NIK NOR ZABIR
8. NOR ERIKA ELYSHA MOHD ZAIDI
9. NUR ADILAH MOHD RUSDI
10. NUR AINUL QISTINA MAT ALI
11. NUR ALYA SYAFIQAH MAT ROZI
12. NUR AZTIERAH M ARIFFIN
13. NUR DALILA FARHANA MOHAMAD ISMA
14. NUR IRDINA YAMIN HURI
15. NUR IZZATI MAISARAH IBRAHIM @ AZIZI
16. NUR LIYANA ZANUDIN
17. NURLY SAHIRAH AZMAN
18. NURUL AIN OMAR
19. NURUL ATIRAH ZAKARIA
20. NURUL FARHANA AB AZIZ
21. NURUL FATIHAH ABU SETAMAN
22. NURUL IZYANTI MUHAMAD AZAHAR
23. NURUL NADIA ABDUL ZAMID
24. ROHADATUL AISY MOHD ZAKI
25. SITI NURNAJIHAH SHIHABUDDIN
26. SUFEA ADELA MASLIHAIZAN
27 .TUAN MUHAMMAD ADHAM TUAN ADNAN
28. WAN NOR MASYITAH WAN HUSSIN
29. FATIN NASRIEN
30. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ROSDE
31. WAN NUR SUHAILA
32. ABDUL WAFIY KAMARUDIN
33. AIMI NASUHA CHE AZMI
34. ANIS SOFFIYYA MD ZAIDI
35. MUHAMMAD ZAHIM ZAKRI MOKHARIZAM
36. NUR IZZATI MD RAJMI
37. NURRIN NAJWA MOHD AZMI
38. NURUL YUSRINA YUSOF
39. WAN MUHAMMAD HANIFAH WAN AZMAN
40. WAN NUR FARAH SYUHADA WAN IBRAHIM
41. NOR AYUNI MASLAN
42. ALEEYA MAISARAH AZIZZANI
43. FAKHIRA ASMALIA ZULKIFLI
44. NIK KHAIRULNISA RUZMI

Walau bagaimanapun, proses pengecaman sedang berlangsung untuk mengenal pasti mangsa yang meninggal dunia.

Source: