Isu epidural: Ernie Zakri sokong ‘gerakan’ boikot Jofliam -“Kita geng epi-epi juga”

LocalFamily & Parenting
22 Apr 2025 • 4:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ernie Zakri sokong

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri sokong kempen ‘boikot’ ke atas pempengaruh media sosial, Jofliam, yang kini hangat dikritik netizen gara-gara kenyataan yang didakwa memperlekeh penggunaan epidural ketika proses bersalin.

Ernie Zakri sokong boikot, terasa sebab guna epidural juga masa bersalin

Menerusi hantaran Ernie Zakri, 32 di platfrom X, dia telah membalas satu hantaran yang memuat naik poster mengajak para ibu memboikot perniagaan Jofliam susulan kenyataan yang dianggap merendahkan golongan ibu.

“Nak join sekalilah sebab kitanya geng epi-epi jugek,” tulisnya di X.

image is not available

Ernie Zakri sokong boikot, kata-kata ‘cheat code’ guna epidural tu keterlaluan

Kenyataan itu mencuri perhatian ramai, khususnya dalam kalangan kaum ibu yang pernah melalui pengalaman bersalin dengan bantuan epidural.

Mereka juga menganggap bahawa kata-kata seperti itu sangat tidak wajar diungkapkan golongan lelaki terutamanya bapa kerana dilihat langsung tak menghargai pengorbanan seorang wanita dalam melahirkan zuriat mereka.

image is not available

Kalau hormat wanita tak akan cakap macam tu

image is not available

Ku bersuara kak!

image is not available

Sebelum ini, tular satu tangkap layar perbualan Direct Message (DM) antara Jofliam dan seorang individu di Instagram.

Menerusi mesej itu, Jofliam dikatakan memperkecilkan bekas isterinya, Cik Epal, kerana melahirkan anak mereka dengan bantuan epidural.

Perbualan tersebut didakwa tercetus selepas individu terbabit menyentuh tentang pengorbanan Cik Epal melahirkan dua anak mereka, Han dan Yuki.

Kenyataan berkenaan dianggap tidak sensitif dan mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menyifatkan proses bersalin, sama ada secara normal, pembedahan atau dengan bantuan epidural, tetap satu bentuk pengorbanan besar seorang ibu.

Kini, ramai figura awam termasuk Ernie sendiri bersuara menyokong kempen boikot tersebut sebagai solidariti terhadap ibu-ibu seluruh negara.

Sumber: X ErnieZakri