Isu eVISA pelajar tajaan Mara ke UK selesai

LocalPolitics
30 Sep 2026 • 5:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isu eVISA pelajar tajaan Mara ke UK selesai

KUALA LUMPUR: Isu pembatalan visa elektronik (eVISA) yang menyebabkan penerbangan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke United Kingdom (UK) tertangguh sebelum ini sudah diselesaikan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya mengambil tindakan segera bagi memastikan pelajar tajaannya dapat meneruskan pengajian seperti dirancang malah pelajar terbabit dengan isu eVISA itu juga sudah pun berlepas ke UK, Sabtu lalu.

“Mara mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kebajikan dan kesinambungan pengajian pelajar tajaannya terpelihara.

“Isu eVISA perkara teknikal yang bersifat sementara dan sudah diselesaikan melalui tindakan segera bersama pihak berkaitan. Mara juga sudah menguruskan tiket penerbangan baharu bagi membolehkan pelajar berkenaan meneruskan perjalanan ke UK,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Prapelancaran Mara Automotive Ecosystem (Matec) 2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pelajar tajaan Mara yang dijadualkan ke UK bagi memulakan pengajian di King’s Collage London (KCL) tidak dapat berbuat demikian selepas eVISA miliknya dibatalkan ketika proses daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kejadian itu terjadi selepas pihak penerbangan British Airways mendapati eVisa pelajar itu disekat oleh UK Home Office semasa proses daftar masuk.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, Mara komited memastikan semua pelajar tajaannya yang mengikuti pengajian di universiti terkemuka dunia menerusi program bakat muda (YTP) mendapat sokongan sewajarnya sehingga dapat memulakan pengajian masing-masing.

“Kami membuat pelaburan besar dalam pembangunan pelajar ini, termasuk menyediakan tempoh persediaan lebih setahun sebelum mereka melanjutkan pengajian. Oleh itu, setiap perkara yang boleh menjejaskan perjalanan pengajian mereka akan diberikan perhatian dan tindakan segera oleh Mara,” katanya. – UTUSAN

The post Isu eVISA pelajar tajaan Mara ke UK selesai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved