Isu Faisal Halim: Selangor tuntut bayaran FIFA

LocalFootball
28 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Isu Faisal Halim: Selangor tuntut bayaran FIFA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, mengesahkan akan menuntut pampasan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kecederaan yang dialami pemainnya, Faisal Halim, ketika mewakili Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026 bulan lalu.

Menurutnya seperti yang dilaporkan akhbar tempatan, Gergasi Merah dalam proses mengumpul dokumen bagi mengemukakan tuntutan memandangkan kejohanan itu berlangsung dalam kalendar rasmi FIFA.

“Kami akan mengumpul dokumen yang diperlukan untuk menyokong tuntutan kepada FIFA itu,” katanya.

Dalam masa sama, gergasi Liga Super itu berpotensi kehilangan khidmat bintang negara itu sehingga Januari 2027.

"Pemulihannya nampak positif, tetapi ototnya mengalami koyakan agak teruk.

"Saya fikir dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, dia boleh kembali menyertai pasukan dalam latihan dan perlawanan.

"Januari adalah tarikh paling selamat untuk kembali," katanya lagi.

Malah, ketua jurulatih, Kim Pan-gon, turut sedih dengan perkembangan itu sambil mengharapkan tonggak berusia 28 tahun itu segera pulih. 

Kali terakhir Faisal Halim beraksi adalah ketika mewakili Malaysia pada Piala ASEAN FIFA berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno dan terpaksa melupakan baki perlawanan bertemu Singapura dan Vietnam selepas itu.

Ia, sekali gus menyaksikan dia bakal terlepas panggilan kebangsaan bertemu China dan Yemen bulan hadapan. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved