Selangor FC tuntut pampasan FIFA susulan kecederaan Faisal

LocalFootball
24 Oct 2026 • 7:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selangor FC tuntut pampasan FIFA susulan kecederaan Faisal

PETALING JAYA – Selangor FC meneliti langkah untuk menuntut pampasan daripada Persekutuan Bola Ssepak Antarabangsa (FIFA) susulan kecederaan Faisal Halim ketika menyarung jersi Harimau Malaya pada Piala ASEAN FIFA 2026 di Jakarta pada awal bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, kelab kini melengkapkan dokumentasi bagi menyokong tuntutan berkenaan mengikut garis panduan perlindungan pemain FIFA.

Katanya, pampasan boleh dipertimbangkan sekiranya pemain gagal pulih dalam tempoh 28 hari akibat kecederaan ketika tugasan antarabangsa, tertakluk kepada syarat kelayakan ditetapkan.

“Pihak pengurusan akan mengumpul dokumen yang diperlukan untuk menyokong tuntutan kepada FIFA itu,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Kecederaan ketika menentang Indonesia itu menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu tersisih daripada aksi Gergasi Merah sejak tiga perlawanan lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor FC tuntut pampasan FIFA susulan kecederaan Faisal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved