Isu Guna Sikat Tapi Tak Beli, Bos Mydin Tegur Pelanggan Minta Jaga Kebersihan

30 Sep 2025 • 11:19 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Isu Guna Sikat Tapi Tak Beli, Bos Mydin Tegur Pelanggan Minta Jaga Kebersihan

Isu tular mengenai seorang lelaki yang menggunakan sikat di rak jualan Mydin untuk menyikat rambut anaknya terus menjadi bualan di media sosial.

Selepas perkongsian seorang wanita di TikTok @lifewith5rose mendapat perhatian, akaun rasmi @mydinmalaysia pula memuat naik video balas melibatkan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin.

image is not available

Foto: TT @mydinmalaysia

Dalam video tersebut, beliau dilihat memegang sikat berwarna ungu yang dipercayai sama dengan sikat dalam rakaman tular itu.

“Kita kalau suka sikat rambut, janganlah guna sikat di Mydin atau mana-mana kedai sekali pun. Ini soal kebersihan juga. Kalau nak menyikat tidak salah, tapi belilah sikat itu dahulu,” katanya.

image is not available

Mydin dalam pada itu turut menegaskan pihaknya sentiasa peka terhadap isu yang menjadi perhatian umum.

Mereka turut memohon kerjasama pelanggan agar menjaga kebersihan serta menghormati produk yang dijual di pasar raya bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Video berkenaan menarik perhatian ramai dengan rata-rata memuji pendekatan santai Mydin dalam mengendalikan isu tular tersebut.

Sumber: TikTok @mydinmalaysia