“Sikat Tu Try Sahaja” – Ibu Tampil Jelaskan Video Sikat Rambut Anak Di Mydin

29 Sep 2025 • 4:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Rakaman aktiviti membeli-belah di Mydin oleh pengguna TikTok @lifewith5rose menjadi tular selepas aksi suami kepada wanita itu menarik perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, si suami dilihat menyikat rambut anaknya menggunakan sikat yang berada di rak jualan. Aksi spontan itu mencetuskan persoalan netizen sama ada pasangan berkenaan membeli sikat tersebut atau tidak.

image is not available

Susulan persoalan yang timbul, wanita terbabit tampil dengan sebuah video baharu bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Dalam penjelasannya, dia menunjukkan tiga sikat yang dibelinya di Mydin. Namun, kesemuanya adalah jenis berlainan dan bukan sikat yang telah digunakan suaminya ketika berada di rak jualan.

image is not available

Wanita itu turut membela dirinya dengan menegaskan bahawa tindakannya tidak salah seperti yang diperkatakan segelintir netizen.

“Sikat tu bukan dalam packaging, aku try sahaja. Kalau semua was-was, nanti beli lepas tu balik basuh la. Jangan perli-perli. Ni sikat ja pun. Im so sorry okay Mydin, sebab aku buat macam tu,” katanya.

image is not available

Walaupun sudah memberikan penjelasan, netizen masih mempersoalkan mengapa sikat yang digunakan tidak dibeli sekali. Malah, ada juga yang menegur cara wanita itu meminta maaf kerana kelihatan sambil lewa dan ketawa kecil seolah-olah tidak serius.

Bukan macam ni buat video penerangan

image is not available

Ni soal basic hygiene

image is not available

Kenapa beli sikat lain?

image is not available

Sumber: TikTok @lifewith5rose