Isu hidang alkohol di majlis rasmi kerajaan: MP PAS tak setuju Zahid Hamidi disindir

LocalPolitics
6 Oct 2025 • 4:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu hidang alkohol di majlis rasmi kerajaan telah menjadi bualan sejak beberapa hari lepas susulan tular dakwaan bahawa terdapat minuman tersebut di sebuah majlis makan malam yang dikaitkan dengan agensi kerajaan baru-baru ini.

Zahid Hamidi disindir isu hidang alkohol di majlis rasmi kerajaan

Susulan daripada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah sesuatu yang ditolak dan tidak wajar memandangkan Malaysia adalah negara beragama Islam.

image is not available

Disindir Bekas Speaker Dewan Negeri Selangor

Namun begitu, kenyataan dibuat oleh Zahid telah disindir oleh Bekas Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menerusi hantaran di media sosial.

“Bisa berlaku di Malaysia sahaja, yang minum tak mabuk, yang tak minum mabuk,” ujarnya.

image is not available

Fadhli tak setuju Zahid disindir isu hidang alkohol

Hantaran tersebut telah membuatkan banyak pihak kurang senang termasuklah Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Shaari yang tidak bersetuju Zahid disindir sebegitu.

Jelas Fadhli, walaupun Presiden UMNO terbabit bukanlah presiden bagi parti yang disertai, namun kenyataan dibuat Chang Khim sesuatu yang tidak wajar.

“Walaupun Datuk Seri Zahid bukan presiden parti saya, saya tak setuju beliau disindir begini,” tulisnya.

image is not available

Terdahulu, Zahid telah mengulas berkenaan hidangan alkohol yang dikaitkan dengan majlis rasmi melibatkan agensi kerajaan.

Hal ini susulan dakwaan terdapat hidangan minuman tersebut dalam satu majlis yang dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.

Walau bagaimanapun, Tiong menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa majlis yang dinyatakan adalah inisiatif pihak industri dan sektor swasta.

Sumber: Facebook Fadli Shaari