Isu Jenaka Paderi & Biarawati: Polis Terima 13 Laporan Di Sabah

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 6:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Jenaka Paderi & Biarawati: Polis Terima 13 Laporan Di Sabah

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa membuat lawak jenaka mengenai paderi dan biarawati dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026.

Noorazli kemudiannya tampil menjelaskan kisah mengenai paderi yang digunakan hanya satu analogi untuk memberikan pengajaran tentang pentingnya fokus, ketekunan dan kebijaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Jenaka Paderi & Biarawati: Noorazli Said Mohon Maaf Selepas Dikritik Hebat

Polis di Sabah terima 13 laporan polis berhubung isu jenaka paderi dan biarawati

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah memaklumkan sebanyak 13 laporan polis telah diterima pihaknya setakat Khamis (17 September) berhubung jenaka yang didakwa menyentuh agama Kristian.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun kesemua laporan itu telah dirujuk kepada laporan polis awal yang dibuat di Kelana Jaya, Selangor.

Laporan telah dirujuk kepada laporan polis awal yang di buat di Kelana Jaya

“Untuk Kontinjen Sabah, sehingga tengah hari tadi kita telah menerima 13 laporan polis berkaitan isu berkenaan.

“Kesemua laporan itu telah kita rujuk kepada laporan polis awal yang dibuat di Kelana Jaya dan siasatan dibuat oleh pihak Bukit Aman,” jelasnya lagi.

Terima laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat, nasihatkan orang ramai beri ruang untuk pihak berkuasa lakukan siasatan

Katanya lagi, beliau memberitahu laporan yang diterima di Sabah itu telah dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Jauteh dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar melihat isu itu secara matang selain memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Memandangkan perkara ini masih tular dalam media massa ketika ini, kita mengharapkan supaya masyarakat melihat perkara itu secara matang.

“Laporan polis yang telah dibuat sudah diambil tindakan oleh PDRM, khususnya bagi memastikan siasatan yang telus dijalankan,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Ingatkan orang ramai bertindak bijak, jangan ambil tindakan secara bersendirian

Jauteh juga mengingatkan orang ramai untuk bertindak dengan bijak serta jangan mengambil tindakan mengenai isu itu.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya bertindak secara bijak dan berfikiran matang dalam keadaan seperti ini.

“Kita tidak mahu mengambil tindakan secara bersendirian, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved