Tandatangan Proklamasi : Polis sedang lengkapkan siasatan

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 5:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tandatangan Proklamasi : Polis sedang lengkapkan siasatan

PETALING JAYA : Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan dibuat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang mendakwa dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa rela hati

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu bersifat sensitif dan memerlukan penelitian menyeluruh bukan sahaja daripada aspek siasatan polis, malah turut melibatkan adat dan istiadat Negeri Sembilan.

“Kertas siasatan masih lagi kita siapkan dan mungkin kita memerlukan tindakan berterusan serta pandangan daripada pihak Peguam Negara dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat  Pegawai Kanan Polis  Dan Upacara Serah Terima Tugas Jawatan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), hari ini.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 September lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa. – UTUSAN

The post Tandatangan Proklamasi : Polis sedang lengkapkan siasatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved