Isu Kereta Tersadai, Mekanisme Undang-Undang Dibincangkan – Nga

LocalPolitics
27 Sep 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan perbincangan bagi mencari kaedah undang-undang terbaik untuk menangani isu kenderaan tersadai yang semakin membimbangkan di seluruh negara.

Tindakan PBT Terhadap Kenderaan Tersadai

image is not available

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menyatakan bahawa isu ini memerlukan perhatian khusus, termasuk memperhalusi kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menarik kenderaan yang tersadai serta cabaran mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut.

"Saya difahamkan sekiranya melebihi tempoh masa tertentu maka PBT ada kuasa untuk ambil (tarik kenderaan).

"Cuma, hal itu kita kena kaji dengan Akta Pengangkutan Jalan (1987) dan lihat bagaimana PBT di bawah kerangka undang-undang boleh laksanakan perkara berkenaan," katanya.

Statistik Kenderaan Tersadai di Kawasan Perumahan Awam

image is not available

Beliau merujuk kepada laporan yang mendedahkan terdapat 2,112 kenderaan tersadai di 64 kawasan Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Situasi ini memburukkan masalah ruang parkir dan mencetuskan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas serta pencemaran.

Peringatan Kepada Pemilik Kenderaan

Nga turut mengingatkan pemilik kenderaan agar tidak membiarkan kenderaan mereka tersadai kerana ia memberi impak negatif kepada masyarakat.

"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi ini merupakan tanggungjawab kita bersama," katanya.

Sumber: BERNAMA