Isu lampu jalan di Limbawang, Taman Berungis ditangani

13 Jul 2023 • 5:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

JABATAN Kerja Raya (JKR) sedang mengambil langkah untuk menangani bahaya keselamatan susulan kekurangan pencahayaan pada waktu malam di sepanjang Jalan Limbawang, yang digunakan untuk mengakses klinik 1Malaysia, sekolah rendah dan kampung di satu bahagian Beaufort.

Majlis Daerah Tuaran pula baru-baru ini memulihkan lampu jalan di Lorong Taman Berungis yang nampaknya diselubungi kegelapan sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap JKR berkata peruntukan untuk lampu awam di jalan sepanjang dua kilometer – antara bulatan trafik dekat SK Klias Baru dan Kg Limbawang – akan diuruskan sebaik sahaja laluan itu diserahkan kepada agensi itu. JKR bercadang untuk memasang lampu jalan berhampiran bulatan ini di Beaufort

“Jabatan bersedia untuk memikul tanggungjawab menyelenggara Jalan Limbawang daripada pihak berkuasa tempatan tahun ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more “Ia akan dikategorikan sebagai jalan negeri di bawah penyelenggaraan kami.”

Katanya, usul akan disediakan untuk memastikan lampu jalan selepas laluan itu secara rasmi dimasukkan ke dalam daftar jalan JKR.

“Kami perlu mendapatkan pembiayaan diperlukan untuk melaksanakan hasrat kami berkaitan pencahayaan untuk jalan raya itu.” JURUTEKNIK Majlis Daerah memeriksa mekanisme di dalam panel kawalan untuk lampu jalan.

Ketika ditanya berapa lama pengguna jalan raya perlu menunggu Jalan Limbawang dapat diterangi, jurucakap itu berkata mereka hanya boleh menjangkakan pengalaman pemanduan pada waktu malam yang lebih baik pada 2024.

Sementara itu, 10 lampu jalan di Taman Berungis dinaik taraf minggu lepas, dengan Majlis Daerah menggantikan mana-mana komponen yang rosak dan usang.

Jurucakap agensi itu berkata ia mula memasang pendawaian dan mentol baharu dengan diod pemancar cahaya (LED) pada 5 Julai.

“Sebuah jentera sky-master digunakan untuk memudahkan usaha ini yang dijalankan secara berperingkat,” katanya.

“Ia mengambil masa dua hari untuk mengganti semua lampu. Malam berikutnya, kakitangan kami kembali ke kawasan kejiranan untuk menentukan sama ada kemudahan ini berfungsi seperti yang sepatutnya.

“Mereka menyatakan bahawa jalan perumahan itu diterangi dengan sebaiknya.” JALAN perumahan Taman Berungis didapati menyala dengan baik.

Bulan lalu, Majlis Daerag mengumumkan tender dibuka untuk melantik kontraktor yang akan ditugaskan bagi menukar infrastruktur lampu yang usang dan rosak.

Apabila ditanya berapa kerap penyelenggaraan dijalankan ke atas kemudahan ini, jurucakap itu berkata ini dilakukan berdasarkan keperluan.

“Untuk tujuan ini, kami telah meminta kakitangan kami supaya lebih prihatin terhadap keadaan lampu awam di sekitar pekan ini.

“Kami akan berusaha untuk meningkatkan usaha kami bagi menangani sebarang kerosakan membabitkan lampu jalan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah.”

NAZIR dari Beaufort melahirkan kebimbangannya tentang bahaya dihadapi emandu ketika menggunakan bulatan trafik dan menyusuri Jalan Limbawang pada waktu malam.

Katanya, sukar untuk melihat pergerakan pemandu di lorong bersebelahan, apatah lagi kehadiran pejalan kaki yang melintas jalan, kerana laluan itu tidak berlampu.

“Seorang pemandu yang sukar untuk melihat dengan baik pada waktu malam hampir berlanggar dengan penunggang motosikal di bulatan itu suatu ketika dahulu,” katanya.

“Syukur, tiada sesiapa yang cedera kerana penunggang basikal berjaya menekan brek tepat pada masanya tetapi kereta itu terbabas ke bahu jalan.”

Dia berkata adalah penting untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang.

“Saya percaya sebarang kejadian tidak menyenangkan boleh dielakkan jika jalan raya ini diterangi secukupnya pada waktu malam.

Nazir berharap pihak berkuasa berkaitan akan bertindak segera bagi memastikan Jalan Limbawang, termasuk satu bahagian berhampiran bulatan trafik, dinyalakan secukupnya untuk manfaat pengguna jalan.

AWANG dari Tuaran berkata lampu jalan dipasang di sepanjang Lorong Taman Berungis beberapa tahun lalu.

“Lampu berkenaan diuji untuk seketika untuk melihat sama ada ia berfungsi, selepas pertama kali dipasang,” katanya.

Katanya, kemudahan ini tidak dinyalakan sejak itu.

“Lampunya seakan-akan hiasan yang hilang daya tarikannya. Kebanyakannya tidak lagi sedap mata memandang. Logam di sekeliling lekapan lampu telah hilang kilauannya dan bertukar menjadi coklat.”

Dia mengeluh tentang masalah yang dihadapi oleh beberapa pemandu untuk mengagak jika ada kenderaan yang datang dari arah selekoh pada waktu malam atau jika ada pejalan kaki menceroboh laluan mereka.

“Ini terutamanya apabila hujan lebat.”

Awang berkata dia sudah berulang kali memaklumkan Majlis Daerah mengenai lampu itu tetapi, setakat ini, tiada apa yang dilakukan.

“Taman Berungis terletak kurang tiga kilometer dari pekan. Saya rasa adalah tidak adil bagi agensi untuk terus mengutip wang taksiran daripada pemilik rumah untuk perkhidmatan yang tidak boleh diharap.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.