
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pemimpin negara Islam khususnya kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah segera dalam melaksanakan fatwa terbaharu yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
NGO terlibat antaranya BDS Malaysia, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia (KUMs), IKRAM Muda Malaysia, Muslim Care Malaysia, Viva Palestina Malaysia dan banyak lagi berpendapat fatwa tersebut jelas membuktikan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara-negara Arab dan negara-negara Islam setakat ini adalah tidak mencukupi.
“Ini kerana kita masih menyaksikan bahawa setiap hari ratusan orang awam di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sedang dibom dengan kejam sehingga badan-badan mereka berkecai.”
Kumpulan NGO berkenaan dalam satu kenyataan bersama berkata, Israel secara jelas sedang berusaha untuk menyempurnakan rancangan genosid di Gaza dengan secepat mungkin.
“Namun masyarakat dunia, termasuk negara-negara Arab dan Islam, masih tidak melakukan sebarang langkah yang konkrit untuk menyekat genosida tersebut.”
Putuskan hubungan perdangangan dengan organisasi terlibat pencabulan hak asasi manusia
Tegas kenyataan itu lagi, langkah paling minima yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah memutuskan sebarang hubungan perdagangan dengan organisasi yang disenaraikan di dalam kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB pada 20 Jun 2024, sebagai terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di Gaza.
Antara syarikat yang disenaraikan adalah:
- BAE Systems
- Boeing
- Caterpillar
- General Dynamics
- Lockheed Martin
- Northrop Grumman
- Oshkosh
- Rheinmetall AG
- Rolls-Royce Power Systems
- RTX
- ThyssenKrupp
NGO terlibat turut menyeru kerajaan agar memberi amaran kepada institusi kewangan yang turut disenaraikan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB sebagai menyokong pencabulan hak asasi manusia di Gaza melalui aktiviti pelaburan mereka.
Mereka mencadangkan kerajaan Malaysia untuk menyekat aktiviti institusi-institusi kewangan itu di Malaysia di masa akan datang jika mereka masih melabur di dalam syarkat-syarikat yang melakukan pencabulan hak asasi manusia di Gaza.
Senarai institusi-institusi kewangan tersebut adalah:
- Alfried Krupp von Bohlen und Halbach-Stiftung
- Amundi Asset Management
- Bank of America
- BlackRock
- Capital Group
- Causeway Capital Management
- Citigroup
- Fidelity Management & Research
- INVESCO Ltd
- JP Morgan Chase
- Harris Associates
- Morgan Stanley
- Norges Bank Investment Management
- Newport Group
- Raven’swing Asset Management
- State Farm Mutual Automobile Insurance
- State Street Corporation
- Union Investment Privatfonds
- The Vanguard Group
- Wellington and Wells Fargo & Company
Terdahulu Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam wajib berjihad melawan rejim Zionis dan sekutunya bagi melindungi rakyat Palestin.
Antara intipiati lain fatwa tersebut adalah kerajaan-kerajaan Islam wajib mengambil tindakan segera dari sudut ketenteraan, ekonomi dan politik untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.

![“Waktu Terbaik” – Nilai Rupiah Jatuh, Wanita Indonesia Ini Ajak Rakyat Malaysia Bercuti Di Sana [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
![Nyalakan Fog Lamp Tanpa Sebab, Wanita Luah Rasa Geram Dengan Tindakan Pemandu Belakang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Gadis Minta ChatGPT Tukar Gambar Gaya Ghibli, Siap Dapat Tips Kurus Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)