
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ketika ini, mata wang Indonesia terjejas teruk berikutan tarif tinggi yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Susulan itu, Bank Pusat Indonesia akan ‘campur tangan secara agresif’ di pasaran domestik bagii mempertahankan mata wang negara mereka.
Memetik Sinar Harian, dagangan dijangka disambung pada hari ini (8 April) untuk kali pertama sejak Trump mengumumkan kenaikkan tarif terhadap 168 negara di seluruh dunia pada 2 April lalu.
Nilai mata wang yang jatuh pastinya menjadi berita buruk buat Indonesia, namun ia sebaliknya peluang terbaik pula bagi rakyat di negara-negara lain.
Baca Artikel Berkaitan: Tarif Trump Jejaskan Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul [Video]
Nilai Rupiah jatuh, waktu terbaik rakyat Malaysia bercuti di Indonesia
Seperti baru-baru ini, seorang pelajar wanita Indonesia di Malaysia dikenali sebagai Syifa menyatakan bahawa nilai mata wang Rupiah yang jatuh pada ketika ini menjadi peluang yang terbaik buat rakyat di negara ini bercuti ke sana.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Syifa berkata nilai RM1 pada ketika ini hampir mencecah Rp3,800.
Mengikut semakan kami di laman Wise, RM1 pada ketika ini bersamaan dengan Rp3,758.
Dalam setahun, perbezaan Ringgit dan Rupiah hampir mencecah Rp600
Menurutnya, sekitar bulan April tahun lalu, RM1 tidak sampai Rp3,400, namun dalam jangka masa setahun sahaja perbezaan antara Ringgit Malaysia dan Rupiah hampir mencecah Rp600.
“Jangan cakap ini perbezaan yang kecil sebab kalau korang tukar dalam RM10,000 sahaja perbezaan itu sudah hampir Rp6,000,000. Besarkan?
“Untuk kawan-kawan saya di Malaysia yang nak bercuti di Indonesia ini waktu terbaik untuk korang sebab korang boleh ‘shopping’ banyak-banyak,” katanya.
Mata wang Rupiah jatuh berita buruk buat rakyat Indonesia
Menurutnya lagi, bagaimanapun perkara ini adalah berita buruk buat rakyat-rakyat Indonesia kerana keadaan ekonomi di sana tidak berada dalam keadaan yang baik.
“Keadaan ekonomi politik yang tidak stabil membuatkan pelabur asing keluar daripada Indonesia dan salah satu akibatnya nilai Rupiah jadi turun.
“Kebijaksanaan kerajaan pada ketika ini sangat-sangat penting dan sangat menentukan tapi apa yang kita lihat adalah kebijakan kerajaan sebaliknya adalah kontroversi.
“Kalau masih ada yang kata Indonesia baik-baik sahaja, saya nak tanya indikasi baik-baik sahaja itu dari mana?” katanya lagi.
Di akhir perkongsian, Syifa mengingatkan warga-warga Indonesia untuk berjimat cermat kerana keadaan ekonomi pada masa hadapan tidak dapat dijangka, sementara untuk rakyat di negara ini pula, dia mengalu-alukan datang ke republik itu untuk berbelanja.
Nilai rupiah makin terdepresiasi, fasten your seatbelt my 🇮🇩 Friends! For my 🇲🇾 friends, this is the perfect time if nak shopping dekat Thamrin City 🫠
Sebagai info, paras Rupiah terjejas ke tahap paling teruk sejak krisis kewangan Asean pada tahun 1998.
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]


![Nyalakan Fog Lamp Tanpa Sebab, Wanita Luah Rasa Geram Dengan Tindakan Pemandu Belakang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Gadis Minta ChatGPT Tukar Gambar Gaya Ghibli, Siap Dapat Tips Kurus Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
