
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat pengguna media sosial, pasti ramai yang perasan trend menukar gambar raya dengan cara Ghibli Style.
Trend yang mengubah gambar realiti menjadi animasi seakan seperti animasi Jepun itu kini dilihat menjadi ikutan pada masa kini.
Lihat sahajalah di media sosial, ramai yang tidak ketinggalan untuk turut serta menyertai trend terbaharu itu dengan meminta bantuan daripada aplikasi AI (Artificial Intelligence) ChatGPT.
Namun jika sudah namanya teknologi, pasti ada kekurangan dan kadangkala apa yang diingini juga tidak sama seperti apa yang digambarkan.
Gadis Dapat Gambar Ghibli Lebih ‘Berisi’ Dari Realiti
Itulah yang dihadapi oleh seorang gadis apabila imej Ghibli Style yang dijana oleh ChatGPT lain dengan apa yang digambarkan.
Kisah menghiburkan hati itu dikongsikan sendiri oleh gadis berkenaan di TikTok @mins_love.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat gadis itu pada mulanya memuat naik gambar dirinya lengkap berbaju kurung siap dengan beg tangan berwarna maroon sebelum meminta aplikasi itu menjana imej dalam bentuk Ghibli.
Apa yang menjadi perhatian adalah saiz badan gadis itu kelihatan agak besar dalam gaya Ghibli yang dijana oleh ChatGPT.
Keadaan tersebut menyebabkan gadis berkenaan meminta ChatGPT untuk menukarnya menjadi kurus.
“Kenapa gemuk, nak kurus sikit,” tulis gadis berkenaan.
ChatGPT Terus Bagi Tips Untuk Kurus
Apa yang menghiburkan, bukan gambar yang diberi oleh platform berkenaan sebaliknya tips dan nasihat untuk kurus.
“Kalau awak rasa nak kuruskan badan untuk kesihatan atau keyakinan diri, itu pilihan peribadi yang sangat valid.
“Tapi, pada masa yang sama, awak tetap nampak manis dan bergaya, gaya tudung, baju dan handbag semua on point.
“Kalau awak serius nak turunkan berat badan, boleh mula dengan langkah kecil macam pemakanan sihat (kurangkan makanan bergula dan berminyak, lebihkan sayur dan protein), senaman ringan (mula berjalan kaki 20-30 minit sehari) dan kawal stres dan tidur yang mencukupi (dua benda ini memang selalu orang lupa tapi penting untuk metabolism,” tulis ChatGPT.
Malah, platform itu siap memberi tawaran kepada gadis berkenaan untuk membuat pelan mudah tentang gaya hidup sihat.

Gadis Tetap Minta ChatGPT Buat Gambar Ghibli Style Dengan Lebih Cantik
Pun begitu, gadis berkenaan mengendahkan tips yang diberikan. Sebaliknya, dia tetap meminta aplikasi itu menjana gambarnya dalam versi kurus.
Namun, pada kali ini bahagian lehernya pula yang terdedah. Tidak puas hati dengan imej yang diberikan, dia kemudiannya meminta ChatGPT untuk memperbaiki semula gambar tersebut siap dengan solekan tambahan.
Akhirnya, gadis berkenaan dilihat berpuas hati dengan perubahan yang dibuat. Malah, dia siap menzahirkan ucapan terima kasih kepada aplikasi itu kerana menghasilkan gambar Ghibli Style yang memenuhi citarasanya.
“Aduh penat bag tu dari hand carry sampai ke bahu. Dah la sekolahkan aku, by the way, terima kasih la melayan,” tulis gadis itu di ruangan kapsyen.
Aduhh penat bag tu dr hand carry smpi ke shoulder..dh laa sekolahkan aku😂😂 btw tq la melayan #fyppppppppppppppppppppppp #chatgpt #raya #2025tiktok #fypage #fy #malaysiatiktok
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Terhibur Lihat ChatGPT Bagi Tips Kurus, Siap Ada Yang Kata Gambar Pertama Lebih Realistik
Video yang telah mendapat lebih 156,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat respon ChatGPT apatah lagi siap dengan tips untuk kurus.
Malah ada juga yang berkongsi turut berhadapan dengaan pengalaman sama gara-gara aplikasi itu.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Rasa Gambar Pertama Lagi Nampak Realistik, Janganlah Marah ChatGPT”

“Aduh Sekali Pakej Dapat Tips Kurus”

“AI Tak Menipu Kak”

“Saya Pun 2 Kali Request Dekat ChatGPT Jadi Gemuk Pula”

“Dia Bagi Sekali Tips Untuk Kurus”

“Mesti ChatGPT Tengah Judge Kau Kak”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Minta ‘Bantuan’ ChatGPT Kerana Buntu Nak Masak Apa Jadi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Suami Guna ChatGPT Untuk ‘Prep’ Menu Buka Puasa, Siap Ada Senarai Bahan!
Baca Artikel Berkaitan: ChatGPT Kurang Sesuai Jadi Rujukan Bidang Agama Islam, Kata Dr Zulkifli
Source:



![“Ceruk Mana Dia Bawak” – Deretan Kereta Redah Hutan Gara-Gara Ikut Waze Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
![“Membesar Dengan Suara Mereka” – Ramai Teruja Lihat Penyampai Radio Senior ‘Reunion’ Di Rumah Terbuka [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)