Isu paparan “jelly” iPad Mini 6 dibawa ke iPad Mini 7

TechnologyDigital
28 Oct 2024 • 9:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Mereka di iFixit telah "bedah" sebuah iPad Mini (2024) (iPad Mini 7) untuk melihat apakah perubahan yang telah Apple bawakan berbanding iPad Mini 6. Hal ini kerana mereka mengesahkan yang isu kesan jelly visual paparan pada Mini 6 telah dikurangkan pada Mini 7 menerusi kamera gerak perlahan.

Walau bagaimanapun, pemambahbaikkan yang Apple bawa untuk iPad kompak terbaharu bukanlah pada sudut perkakasan. iFixit mendapati bahawa pemacu kepada komponen panel paparan masih lagi menggunakan model yang sama dan masih lagi dipasang dalam keadaan menegak. Pemacu berkonfigurasi itu dipercayai punca utama isu jelly kerana di iPad lain, semuanya dipasang secara melintang.

image is not available

Perubahan minimum iPad Mini 7 berbanding Mini 6

Selain daripada pemacu panel paparan yang diguna semula, mereka dapati sebahagian besar komponen Mini 7 masih sama dengan Mini 6. Antaranya adalah bateri berkapasiti 19.19kWh yang sama, penyambung bateri, dan juga port USB-C. Ia adalah satu berita baik untuk pihak pengguna kerana penggunaan komponen yang sama bermakna alat ganti lebih mudah dicar dan tahap kebolehbaikian dipertingkat.

image is not available

Naik taraf terbesar yang ada di iPad Mini 7 adalah penggunaan SoC A17 Pro dan juga kapasiti storan diperluas. Namun begitu, SoC A17 Pro yang digunakan tidaklah mirip iPhone 15 Pro kerana terdapat pengurangan satu teras GPU berbanding varian SoC di telefon.

Dipercayai Apple masih mempunyai saki baki SoC lama yang tidak mencapai piawaian untuk digunakan pada iPhone dan daripada buangnya begitu sahaja, lebih baik manfaatkannya pada iPad Mini 7.

image is not available

Harga iPad Mini 7 di Malaysia

Tempahan untuk mendapatkan iPad Mini (2024) di Malaysia sudahpun dibuka. Walau bagaimanapun tarikh penjualannya masih belum diumumkan. Berikut adalah harga jualan iPad Mini (2024):

  • WiFi (128GB) RM2,199
  • WiFi (256GB) RM2,599
  • WiFi (512GB) RM3,499
  • Cellular (128GB) RM2,899
  • Cellular (256GB) RM3,299
  • Cellular (512GB) RM4,199

Sebagai perbandingan, berikut adalah harga jualan iPad Mini (2021) sewaktu dilancarkan:

  • Wi-Fi (64GB) RM2,299
  • Wi-Fi (256GB) RM2,949
  • Cellular (64GB) RM2,949
  • Cellular (256GB) RM3,599

Bacaan berkaitan