Isu pelantikan MB N. Sembilan: BN ambil kira semua faktor

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 6:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isu pelantikan MB N. Sembilan: BN ambil kira semua faktor

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tidak akan menyekat pandangan berbeza berhubung pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, termasuk kenyataan yang mempersoalkan wujudnya campur tangan pihak luar dalam proses berkenaan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pelantikan itu telah dibuat mengikut proses yang ditetapkan, manakala sebarang pandangan yang timbul perlu dilihat sebagai pandangan peribadi pihak tertentu.

Beliau berkata, BN mengambil kira semua faktor sebelum membuat sebarang keputusan, selain memastikan pendekatan yang diambil tidak melibatkan campur tangan dalam urusan dalaman berkaitan pembentukan kerajaan negeri.

“Pelantikan telah pun dibuat. Kita bergantung kepada proses yang telah ditetapkan.

“Kita tidak boleh menyekat pandangan-pandangan yang berbeza ini. Jadi kita mengambil kira semua faktor dan langkah-langkah yang kita ambil pun berdasarkan kepada kesemuanya,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Karisma Antarabangsa: Kenegaraan Malaysia Madani 2026, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim yang mempersoalkan pelantikan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan serta dakwaan campur tangan pihak luar dalam perkara itu.

Menurut Zambry, BN sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri urusan berkaitan pentadbiran negeri, sebaliknya menghormati proses demokrasi selepas pilihan raya.

“Apa yang kita ada, kita telah pun berhadapan dengan pilihan raya, pilihan raya negeri yang memerlukan penglibatan parti-parti politik untuk bertanding dalamnya. Maka hari ini kita melihat kita telah pun berjaya membentuk kerajaan itu,” katanya.

Beliau berkata, perkara berkaitan aspek teknikal pelantikan berkenaan tidak seharusnya menjadi pertikaian pada masa ini kerana kerajaan negeri telah berjaya dibentuk. – UTUSAN

The post Isu pelantikan MB N. Sembilan: BN ambil kira semua faktor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved