Pelantikan Exco Negeri Sembilan diselesaikan minggu hadapan

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 3:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelantikan Exco Negeri Sembilan diselesaikan minggu hadapan

KUALA PILAH: Senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Negeri Sembilan dijangka akan diselesaikan menjelang hari Jumaat ini.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, senarai Exco itu akan dilantik selepas perbincangan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan pihak Perikatan Nasional (PN) yang bersama dalam pembentukan kerajaan negeri.

“Saya akan bertemu Presiden UMNO sebelum saya kemukakan senarai kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

“Kami menubuhkan kerajaan secara bersama dan pastinya ambil kira ADUN yanh mewakili PN dan juga ADUN mewakili BN yang kita lihat bukan sahaja daripada UMNO tetapi juga dari MCA, ini juga akan diberikan perhatian.

“Kami akan cuba selesaikan minggu ini menjelang hari Jumaat, insya-Allah. Ke bawah duli tuanku lebih suka selesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Ismail menambah, jumlah ahli MMK yang akan dilantik juga akan dibincangkan namun berpandangan jumlah saiz seramai 10 orang adalah paling sesuai

Beliau dalam itu memaklumkan setiap dasar yang baik dalam pentadbiran kerajaan negeri pastinya akan diteruskan oleh kerajaan negeri yang baharu.

“Dasar yang baik tidak perlu ditamatkan kena teruskan asalkan ia berpaksikan kepentingan rakyat, tiada isu, ia akan diteruskan,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri juga akan sentiasa mendukung institusi diraja dan perlembagaan negara dan negeri.

“Sebagai rakyat Negeri Sembilan, memang kewajipan kita untuk memahami hal adat istadat Negeri Sembilan dan memuliakan institusi Diraja dalam Negeri Sembilan.

“Kita akan cuba cari jalan yang paling sesuai untuk mengurangkan konflik, ia akan jadi sebahagian tugas kita,” katanya. – UTUSAN

The post Pelantikan Exco Negeri Sembilan diselesaikan minggu hadapan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved