
KUALA PILAH – Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim menepis tanggapan ‘tidak manis’ ketidakhadiran beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Istana Besar Seri Menanti hari ini.
Menurut beliau, jemputan kepada semua ADUN telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, namun notis yang diterima adalah pada saat akhir menyebabkan ada antara mereka berkemungkinan mempunyai komitmen lain.
“Ada hal lah tu. Saya pun hari ini tidur pun tak cukup lagi. Jemputan dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Jemput semua. Cuma mungkin notisnya agak pendek. Jemputan pula dihantar sekitar pukul 4 pag, jadi pagi ini mungkin sudah ada komitmen lain,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.
Terdahulu, pemerhatian mendapati beberapa kerusi yang dikhaskan kepada ADUN negeri tidak dipenuhi
termasuk dua calon Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini iaitu ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin. – KOSMO! ONLINE
The post Kerusi ADUN banyak kosong, mungkin sebab notis pendek – Ismail appeared first on Kosmo Digital.






