Isu Pelarian: ‘Katanya Malaysia Negara Transit, Tapi Transit Sampai Bila?’ – Syed Saddiq

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 3:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Pelarian: ‘Katanya Malaysia Negara Transit, Tapi Transit Sampai Bila?’ – Syed Saddiq

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan persoalan berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) akan ditempatkan di negara ketiga selepas peringkat transit selesai.

Sampai Bila Malaysia Jadi Negara Transit? Jumlah Pelarian Yang Dihantar Ke Negara Ketiga Merosot Tahun Ini – Syed Saddiq

Soalnya, selama manakah Malaysia akan dijadikan sebagai negara transit kerana menurut Syed Saddiq, jumlah pelarian yang dihantar ke negara ketiga pada tahun ini merosot jika dibandingkan dengan tahun lalu dan tahun 2024.

“Soalan saya berkenaan UNHCR dijawab secara bertulis. Jawapan balas saya, katanya Malaysia cuma negara transit. Transit sampai bila?

“Pada 2024, 7,012 pelarian (dari lebih 200,000) berlepas ke negara ketiga melalui UNHCR. Pada 2025, hanya 1,365. Jatuh 80.5%.

“Tiga bulan pertama 2026, cuma 323 orang,” katanya menerusi satu hantaran di Threads hari ini (25 November).

Sebelum ini, Syed Saddiq telah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendirian rasmi kerajaan bagi membanteras kemasukan pelarian serta apakah tindakan yang patut diambil UNHCR bagi proses seterusnya sekiranya tempoh transit sudah selesai.

Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Kepada Rakyat Malaysia Yang Jadi Enabler Kepada Warga Asing Yang Lakukan Kesalahan – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menerusi jawapan bertulis di Parlimen kemudiannya memaklumkan bahawa pendekatan sempadan negara pada waktu ini hanya tertumpu kepada pembinaan tembok dan pagar. Bagaimanapun ia turut melibatkan penggunaan teknologi moden termasuk Kecerdasan Buatan (AI), dron dan sistem pemantauan pintar.

“Di samping itu, kerajaan turut memutuskan supaya tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap warganegara Malaysia yang menjadi ‘enabler’ kepada warga asing yang melakukan kesalahan di Malaysia.

“Ia termasuk tindakan terhadap individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen, tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT), serta terhadap pemilik tanah atau premis yang membenarkan aktiviti berkenaan,” katanya.

Penempatan Pelarian Di Malaysia Selaras Dengan Hasrat Kerajaan Untuk Utamakan Kepentingan Hak Asasi Manusia

Tambahnya, penempatan pelarian di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai negara yang mengutamakan kepentingan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, keputusan berhubung penerimaan pemegang kad UNHCR terletak sepenuhnya di tangan negara penerima, termasuk penetapan syarat dan jumlah yang dibenarkan.

View on Threads

Rakyat Malaysia Dah Lama Pikul Beban Penempatan Pelarian Dalam Negara – Syed Saddiq

Syed Saddiq dalam hantaran sama menegaskan bahawa kerajaan Malaysia sudah lama memikul tanggungjawab namun pihak terlibat tidak menunaikan janji mereka untuk menghantar pelarian ke negara lain.

“Rakyat Malaysia dah lama pikul beban ini. Bila UNHCR dan negara penerima nak tunaikan janji mereka?

“Apa yang kerajaan Malaysia akan lakukan jika mereka gagal tunaikan komitmen?” soalnya lagi.

Pada 5 Oktober lalu, Syed Saddiq menyifatkan isu pelarian Rohingya di Malaysia sebagai ‘bom jangka’ yang boleh membawa implikasi besar terhadap politik serta nilai kemanusiaan negara jika tidak ditangani dengan kadar segera.

Jumlah Pelarian Di Malaysia Sudah Melebihi 200,000 – Syed Saddiq

Ujarnya, negara maju yang sebelum ini berjanji membantu proses penempatan semula Rohingya tidak mengambil jumlah sewajarnya.

Dedahnya, jumlah pelarian rasmi di Malaysia sekitar 130,000 namun jumlah tidak rasmi sudah pun melebihi 200,000 orang.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Rohingya Di Malaysia Umpama ‘Bom Jangka’, Boleh Gugat Kestabilan Politik – Syed Saddiq [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved