Pemegang kad UNHCR ditempatkan di negara ketiga selepas tempoh transit – Ahmad Zahid

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 7:07 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemegang kad UNHCR ditempatkan di negara ketiga selepas tempoh transit – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) akan ditempatkan di negara ketiga selepas peringkat transit selesai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penempatan berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai negara yang mengutamakan kepentingan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, katanya, proses itu bergantung sepenuhnya kepada negara penerima yang menetapkan syarat serta jumlah pemegang kad UNHCR yang akan diterima pada satu-satu masa.

“Pendekatan kawalan sempadan negara pada masa kini tidak hanya tertumpu kepada pembinaan tembok dan pagar, tetapi turut membabitkan penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI), dron dan sistem pemantauan pintar.

“Di samping itu, kerajaan turut memutuskan supaya tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap warganegara Malaysia yang menjadi ‘enabler’ kepada warga asing yang melakukan kesalahan di Malaysia.

“Ia termasuk tindakan terhadap individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen, tanpa

kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT), serta terhadap pemilik tanah atau premis yang membenarkan aktiviti berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang meminta pendirian rasmi kerajaan dalam membanteras kemasukan pelarian serta tindakan susulan yang perlu diambil UNHCR selepas peringkat transit selesai.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan seramai 227,414 pelarian dan pemohon suaka didaftarkan di Malaysia melalui UNHCR sehingga 30 September lalu.

Saifuddin berkata, ia termasuk 205,273 pelarian (90.2 peratus) berasal dari Myanmar dan daripada jumlah itu, 132,400 pelarian adalah etnik Rohingya.

Katanya, rekod UNHCR juga menunjukkan pemegang kad UNHCR berada di seluruh Semenanjung, dengan peratusan tertinggi di Selangor, iaitu sebanyak 33 peratus (74,028); Kuala Lumpur, 21 peratus (47,333) dan Pulau Pinang, 11 peratus (25,357).

The post Pemegang kad UNHCR ditempatkan di negara ketiga selepas tempoh transit – Ahmad Zahid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved