“Malaysia cuma negara transit, transit sampai bila?” – Syed Saddiq Bangkit Isu Penempatan Pelarian

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 5:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

malaysia transit sampai bila ft

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi membangkitkan isu penempatan pelarian di Malaysia dengan mempersoalkan sejauh mana kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) akan menangani perkara berkenaan.

Menurutnya, rakyat Malaysia sudah lama menanggung beban isu pelarian sedangkan Malaysia sebelum ini hanya dikategorikan sebagai negara transit bagi pelarian yang menunggu penempatan ke negara ketiga.

“Katanya Malaysia cuma negara transit. Transit sampai bila?” soalnya menerusi satu hantaran di laman Threads.

Dalam hantaran sama, Syed Saddiq berkata jumlah pelarian yang berjaya ditempatkan ke negara ketiga pada tahun ini merosot jika dibandingkan dengan tahun lalu dan tahun 2024.

“Pada 2024, sebanyak 7,012 pelarian (daripada lebih 200,000) berlepas ke negara ketiga melalui UNHCR, namun hanya 1,365 pada 2025 iaitu jatuh 80 peratus.

“Tiga bulan pertama 2026, cuma 323 orang. Bila UNHCR dan negara penerima nak tunaikan janji mereka?” katanya.

Artikel berkaitan: “Ini bukan Malaysia lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Indonesia

Artikel berkaitan: 1,476 Dah Dihantar Pulang, Fasa Kedua Penghantaran Tahanan Warga Myanmar Akan Dipercepatkan

 

View on Threads

 

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab pertanyaan Syed Saddiq di Dewan Rakyat berhubung pendirian kerajaan dalam menangani kemasukan pelarian serta peranan UNHCR selepas tempoh transit mereka berakhir.

Ahmad Zahid menjelaskan pemegang kad UNHCR akan dijadualkan untuk ditempatkan ke negara ketiga selaras dengan komitmen Malaysia terhadap hak asasi manusia.

Bagaimanapun, proses berkenaan bergantung sepenuhnya kepada negara penerima yang mempunyai kuasa menentukan syarat serta jumlah pelarian yang boleh diterima.

Susulan itu, Syed Saddiq turut mempersoalkan tindakan yang bakal diambil kerajaan sekiranya UNHCR dan negara penerima gagal memenuhi komitmen penempatan tersebut.

“Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia sekiranya mereka gagal memenuhi komitmen yang telah dijanjikan?” soalnya.

Pada 5 Oktober lalu, Syed Saddiq menyifatkan isu pelarian di Malaysia sebagai ‘bom jangka’ yang boleh membawa implikasi besar terhadap politik serta nilai kemanusiaan negara jika tidak ditangani dengan kadar segera.

Sumber: Threads, Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved