Isu pemain warisan: ‘Bawa saya ke mahkamah dengan apa sahaja bukti’ – TMJ

LocalPolitics
6 Mar 2026 • 12:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyatakan kesediaan untuk berdepan sebarang tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang mampu mengemukakan bukti kukuh mengaitkan baginda dengan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan negara.

Isu pemain warisan

Menerusi platform X, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memberi komen balas tersebut terhadap hantaran seorang warganet susulan keputusan terkini Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain berkenaan.

“Setuju! Saya ada cadangan yang lebih baik. Beramai-ramai bawa saya ke mahkamah dengan apa sahaja bukti. Sila teruskan,” tulis baginda awal pagi tadi.
image is not available

Foto arkib: Bernama

Semalam, media melaporkan CAS telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain warisan negara yang sebelum ini cuba mencabar hukuman yang dijatuhkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

image is not available

Foto: Media sosial

Mereka didapati bersalah di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen. Keputusan CAS itu mengekalkan denda sebanyak CHF350,000, anggaran RM1.8 juta yang dikenakan ke atas FAM oleh FIFA.

Sementara itu, tujuh pemain terbabit juga dikekalkan dengan penggantungan selama 12 bulan, namun CAS meringankan hukuman dengan menetapkan bahawa penggantungan itu hanya terpakai untuk perlawanan rasmi, dan tidak menghalang mereka daripada menyertai aktiviti bola sepak lain.

Sumber: X HRH Crown Prince of Johor