Bugatti Dedah W16 Mistral ‘Bespoke’ Milik TMJ, Bernilai Lebih RM34 Juta

LocalCars
3 Mar 2026 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Dunia automotif antarabangsa baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan eksklusif daripada jenama hypercar mewah, Bugatti, mengenai sebuah jentera tempahan khas (bespoke) yang dihasilkan khusus untuk Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Kereta W16 Mistral ini bukan sekadar sebuah kereta, tetapi merupakan simbol kemewahan mutlak yang mencerminkan pendekatan Bugatti terhadap pertukangan yang sangat teliti tanpa sebarang kompromi.

Artikel berkaitan: Bugatti Divo : Hanya 40 Unit Di Dunia, Salah Satu Milik Orang Malaysia!

Artikel berkaitan: “Saya & JDT tidak perlu turunkan diri serendah itu” –  TMJ Respon Isu Kes Faisal Halim

Apa yang membuatkan jentera ini begitu istimewa bukan sahaja pada jenamanya, tetapi pada setiap inci perincian teknikal dan estetikanya, ia termasuklah enjin 8.0L quad-turbo W16 yang mampu menghasilkan kuasa 1,600 PS dan tork 1,600 Nm.

— Bugatti (@Bugatti) March 2, 2026

Kenderaan ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 2.4 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 420 km/j.

Malah ia juga direka dengan luaran berwarna champagne serta kemasan dalaman karbon yang dihiasi dengan lambang diraja (royal crest) berwarna emas.

Bukan sekadar spesifikasi yang sangat hebat, harganya juga mampu membuatkan sesiapa sahaja terbeliak mata. Dengan harga asas sekitar $5.5 juta, nilai pasaran bagi model bespoke ini dianggarkan mencecah lebih $8 juta (kira-kira RM34 juta+) pada tahun 2026.

Sumber: Bugatti

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.