Isu Pemandu Bas ‘Tinggalkan’ Penumpang Sebab Lewat 1 Minit, MARALiner Buat Pemohonan Maaf

Entertainment
22 Sep 2023 • 7:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial yang menunjukkan seorang penumpang didakwa telah ditinggalkan oleh pemandu bas gara-gara hanya terlewat satu minit dalam jadual perjalanan.

Yang menimbulkan kemarahan ramai, pemandu bas dikatakan terus menutup pintu bas tanpa mengendahkan penumpang itu dan bergerak meninggalkan penumpang tersebut.

Paling menyedihkan, ada sumber mengatakan penumpang tersebut bersungguh-sungguh mengejar bas itu dengan menaiki motosikal sehingga ke Kuala Ibai, namun usahanya itu untuk menaiki bas ke Melaka itu masih gagal kerana pemandu tersebut tidak langsung memberhentikan bas.

Kejadian yang berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu itu telah meraih pelbagai komen daripada netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa kasihan terhadap penumpang itu serta mengecam tindakan pemandu bas MARA Liner itu.

Susulan daripada kejadian ini, Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner, Zachary Ismail telah membuat permohonan maaf secara rasmi di laman Facebook milik syarikat bas itu.

Katanya, pihak MARA Liner telah menghubungi penumpang tersebut untuk memohon maaf dan menyatakan rasa kesal atas kejadian yang berlaku.

image is not available

Tambahnya lagi, siasatan dalaman telah dimulakan dan pemandu bas yang terbabit telah dikenakan tindakan yang sewajarnya.

MARA Liner juga berjanji untuk tingkatkan kuali perkhidmatan mereka dan berusaha untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang lagi.

Sumber: mStar

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.