Isu Penurunan Takhta: Proklamasi 19 April Tidak Akan Diwartakan Oleh Kerajaan Negeri Sembilan – SUK N9

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 11:31 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Penurunan Takhta: Proklamasi 19 April Tidak Akan Diwartakan Oleh Kerajaan Negeri Sembilan – SUK N9

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (17 September) Dewan Keadilan dan Undangan (DKU) Negeri Sembilan telah menegaskan sekali lagi bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Setiausaha DKU Negeri Sembilan, Raja Norazli Raja Nordin juga menjelaskan jawatan Yang di-Petuan Besar Negeri Sembilan itu dipegang oleh Tuanku Muhriz secara sah. Oleh itu, tiada kekosongan mahupun pengganti.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pengumuman Exco Tak Beri Kesan, Jawatan Tuanku Muhriz Sebagai Yang di-Pertuan Besar N9 Kekal & Masih Sah – DKU

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Aminuddin Harun Sifatkan Tindakan Exco Negeri Sembilan Umum Penurunan Takhta Tuanku Muhriz Sebagai Derhaka

Kerajaan Negeri Sembilan tak mengambil sebarang tindakan pewartaan atau pelaksanaan terhadap Proklamasi 19 April

Terbaharu Kerajaan Negeri Sembilan menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan mahupun sebarang tindakan pelaksanaan ke atas Proklamasi berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar bertarikh 19 April.

Menurut SUK Negeri Sembilan langkah berkenaan selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi tersebut tidak sah, oleh itu ia menjadikan tindakan pewartaan sebagai tidak berperlembagaan.

MMKN tidak ada kuasa, autoriti atau kuasa di bawah UUTKNS

Dalam kenyataan terbabit, menerusi perundangan, kerajaan negeri akur dengan pandangan AGC bahawa ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Negeri Sembilan tidak boleh membuat sebarang pengumuman berhubung proklamasi tersebut kerana tiada:

  • Bidang kuasa
  • Autoriti
  • Kuasa di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS)

“Selain daripada itu, tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli MMKN untuk bersandar kepada proklamasi bertarikh 19 April 2026 bagi pengumuman mereka,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Sebarang tindakan diambil ikut undang-undang semasa dan UUTKNS

Jelas pejabat SUK Negeri Sembilan lagi, merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim pada 17 September kepada media berhubung arahan untuk mewartakan proklamasi tersebut yang diputuskan oleh MMKN.

“Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini telah merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan bagi memastikan bahawa apa jua tindakan yang perlu diambil akan dilaksanakan mengikut undang-undang semasa dan UUTKNS 1959.”

AGC maklum Proklamasi 19 April tak sah, tak patuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS

AGC menerusi satu kenyataan media pada 17 September telah menyatakan Proklamasi bertarikh 19 April, adalah tidak sah, ini kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959

Malah AGC juga memaklumkan bahawa Menteri Besar serta MMKN Negeri Sembilan, tidak mempunyai kuasa secara unilateral bagi menamatkan mahupun mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

View this post on Instagram

A post shared by JABATAN PEGUAM NEGARA (@jabatan_peguam_negara)

MB dakwa penurunan takhta Tuanku Muhriz sah dan berkuat kuasa

Walau bagaimanapun sebelum ini MMKN Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Ismail Lasim sebulat suara bersetuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir 19 April adalah sah serta berkuat kuasa.

“Hari ini (17 September), saya ingin mengesahkan bahawa proklamasi memang telah dibincangkan dan diputuskan oleh semua ahli EXCO kerajaan negeri secara sebulat suara dalam mesyuarat Exco pada Selasa lalu,” ujarnya dipetik Utusan Malaysia.

Justeru itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim turut diminta bagi meneruskan proses untuk pewartaan proklamasi penurunan takhta dengan mengikut peraturan yang sedia ada.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved