
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan atau apa-apa tindakan pelaksanaan ke atas proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April.
Kata Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK) langkah itu selaras dengan kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi itu tidak sah, maka ia menjadikan tindakan pewartaan sebagai tidak berperlembagaan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Penurunan Takhta: Proklamasi 19 April Tidak Akan Diwartakan Oleh Kerajaan Negeri Sembilan – SUK N9
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pengumuman Exco Tak Beri Kesan, Jawatan Tuanku Muhriz Sebagai Yang di-Pertuan Besar N9 Kekal & Masih Sah – DKU
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Aminuddin Harun Sifatkan Tindakan Exco Negeri Sembilan Umum Penurunan Takhta Tuanku Muhriz Sebagai Derhaka
Anwar Ibrahim minta Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besar N9 tak berdolak-dalik atau tunduk dengan tekanan politik
Terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan serta Menteri Besarnya, Datuk Ismail Lasim agar pendirian lebih tuntas dalam menangani polemik melibatkan institusi Raja Berperlembagaan di negeri terbabit.
Malah beliau berharap agar Kerajaan Negeri dan juga Ismail tidak berdolak-dalik mahupun tunduk kepada tekanan politik dalam
Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir juga tidak tergugat serta semua pihak hendaklah memastikan peraturan dan juga proses yang sudah ditetapkan dipatuhi atau diikuti dengan sepenuhnya.
“Saya harap Kerajaan Negeri, Menteri Besar lebih tuntas pendirian, tidak berdolak-dalik dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan politik kerana ini soal Raja Berperlembagaan,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Isu mengenai Negeri Sembilan turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri
Anwar Ibrahim turut mengulas mengenai perkembangan di Negeri Sembilan yang juga dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, termasuklah kenyataan lengkap yang dikeluarkan oleh Peguam Negara mengenai isu terbabit.
Kata beliau, cadangan bagi menurunkan Raja bukan suatu hal yang kecil. Ini kerana, sistem pemerintahan negara berteraskan Perlembagaan selain menjung sistem beraja.
Usul turunkan Raja bukan perkara yang kecil, Anwar Ibrahim tak menolak prinsip digunakan Negeri Sembilan
“Memang usul kata menurunkan Raja bukan perkara yang kecil. Kita dalam negara tertegak dengan sistem Perlembagaan, menjunjung sistem beraja dan kalau dipermudahkan, ia akan menimbulkan banyak masalah.”
Beliau bagaimanapun tidak menolak prinsip yang terpakai di negeri berkenaan dan juga sistem adat Yang di-Pertuan Besar serta Undang.
Apa yang penting pastikan segala peraturan dipatuhi dan kaedah ditetapkan diikuti sepenuhnya
Anwar sebaliknya menegaskan hal yang lebih penting kini adalah memastikan setiap peraturan itu dipatuhi serta kaedah yang ditetapkan diikuti dengan sepenuhnya.
“Yang penting bagi kita sekarang ini, kedudukan Yang di-Pertuan Besar tidak tergugat.
“Kita doakan ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan Tuanku dapat bersemayam dan jalankan tugas dengan baik,” ujar Anwar lagi.
Sementara itu Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar mematuhi proses dan juga peraturan yang ditetapkan jika ada sebarang usul darpada Undang mahupun pihak yang berkaitan.






