Isu Perbalahan Ibu Bapa Pelajar MRSM, Pengerusi MARA Akan Panggil Kedua-Dua Pihak

LocalPolitics
9 Dec 2025 • 7:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu melibatkan perbalahan antara ibu bapa pelajar MRSM nampaknya semakin hangat hingga menarik perhatian Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Walaupun pada awalnya beliau memilih untuk tidak masuk campur, perkembangan terkini memaksa beliau mengambil langkah lebih tegas.

Isu Rita Rudaini disaman Ydp Muafakat, Dr Asyraf Wajdi bersuara

image is not available

Melalui satu hantaran di Facebook, Dr Asyraf mengakui bahawa keadaan yang berlaku kini bukan hanya mencetuskan ketegangan.

Malah boleh memberi contoh tidak baik kepada para pelajar yang memerhati drama ini dari jauh.

Dr Asyraf akan panggil kedua-dua pihak untuk jelaskan keadaan

image is not available

Dalam kenyataan ringkas namun tegas itu, Dr Asyraf menjelaskan sebab beliau akhirnya memilih untuk campur tangan demi mengembalikan ketenangan dalam komuniti MRSM.

Beliau menekankan bahawa pertikaian terbuka ini tidak membawa sebarang manfaat dan hanya menjejaskan imej institusi selain memberi kesan negatif kepada pelajar. Campur tangan beliau dijangka menjadi usaha awal untuk meredakan suasana dan mencari jalan penyelesaian yang lebih matang.

Pssttt! Semoga langkah memanggil kedua-dua pihak ini mampu mengembalikan keharmonian dan mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan imej MRSM serta pelajarnya.

Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Isu Perbalahan Ibu Bapa Pelajar MRSM, Pengerusi MARA Akan Panggil Kedua-Dua Pihak appeared first on Oh! Media.