Ramai Ibu Bapa Sokong Rita Rudaini, Azhar Sulaiman Minta MARA Jernihkan Keadaan

LocalFamily & Parenting
9 Dec 2025 • 4:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular sejak semalam berita mengenai selebriti popular, Rita Rudaini disaman Yang Dipertua Muafakat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Isu ini mengundang pelbagai respon daripada orang ramai termasuk ibu bapa pelajar di MRSM.

Azhar tampil seru “Boss MARA” beri pencerahan

image is not available

Terbaru, pelakon Azhar Sulaiman pula memohon Pengerusi Mara iaitu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil memberi penjelasan bagi meredakan kekeliruan awam.

Menurut Azhar lagi, berdasarkan pemerhatiannya, majoriti ibu bapa sebenarnya sependapat dengan Rita.

Bagi mereka, ada persoalan tentang ketelusan proses pemilihan yang wajar dijelaskan segera oleh pihak MARA.

Terdahulu, Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor, bersama timbalannya, Saidah Haris, mengambil tindakan undang-undang terhadap Rita Rudaini berhubung dakwaan fitnah di media sosial.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta terhadap Rita sebelum ini tidak dipatuhi.

Pssttt! Melihat kepada perdebatan yang semakin panas, memang wajar jika pihak MARA tampil menjelaskan keadaan bagi menjaga kepercayaan ibu bapa dan pelajar. Ketelusan dalam proses pemilihan amat penting, dan penjelasan rasmi pastinya dapat meredakan suasana yang kini tegang.

Kredit: Facebook Azhar Sulaiman
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Ramai Ibu Bapa Sokong Rita Rudaini, Azhar Sulaiman Minta MARA Jernihkan Keadaan appeared first on Oh! Media.