Pelakon tumbuk isteri akan dipanggil polis

3 Mar 2023 • 7:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Hussein

SHAH ALAM - Seorang pelakon yang didakwa menumbuk isterinya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata akan dipanggil polis dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah merekod keterangan mangsa (isteri pelakon) terbabit.

"Mangsa baru beri keterangan kepada pihak polis dan kita akan panggil lelaki terbabit dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Tangkapan akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberinya nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, isteri kepada pelakon terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved