Isu Rohingya: Dua kertas siasatan dibuka babit aktivis media sosial

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu Rohingya: Dua kertas siasatan dibuka babit aktivis media sosial

KOTA BHARU – Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular melibatkan aktivis media sosial yang dipercayai menggempur etnik Rohingya di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihak mengambil maklum isu tular melibatkan seorang aktivis media sosial dan isu berkaitan komuniti Rohingya di negeri ini.

Katanya, polis memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

“Sehubungan itu, polis Kelantan membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mengganggu ketenteraman awam dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rompakan berkumpulan.

“Bagi kes di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dua lelaki ditangkap bagi membantu siasatan kes samun yang melibatkan seorang individu yang terdiri dalam kalangan komuniti Rohingya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut kedua-dua kes itu sedang dijalankan.

Sebelum itu, aktivis tersebut yang dikenali sebagai Abbe Hae menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya hari ini mendakwa dia bersama 15 individu lain ditahan pihak polis, semalam.

Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd. Azhan Mohd Adnan yang juga pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan dikatakan ditahan petang semalam selepas tampil memberi keterangan berhubunga kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini.

Menurut Abbe Hea, Pengerusi Persatuan Generasi Sejahtera (iSejahtera), Datuk Mohammad Hamizan Amzah dan Tengku Harith yang mewakili Pengurusan Jenazah Pasir Puteh turut ditahan.

Mereka bagaimanapun sudah dibebaskan pada pukul 12 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Isu Rohingya: Dua kertas siasatan dibuka babit aktivis media sosial appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved