MCMC siasat kandungan Threads berkaitan institusi diraja

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 10:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: MCMC siasat kandungan Threads berkaitan institusi diraja

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memulakan siasatan berhubung kandungan media sosial Threads yang disyaki menghina institusi diraja Negeri Sembilan.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung kandungan yang dimuat naik melalui platform media sosial Threads dan disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan berkenaan menyentuh isu berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. 

Sebagai sebahagian daripada proses siasatan, MCMC telah merakam percakapan seorang individu di Balai Polis Labu bagi mendapatkan maklumat dan mengenal pasti fakta berkaitan. 

“Turut disita bagi membantu siasatan ialah satu unit telefon bimbit berserta eSIM untuk tujuan analisis forensik. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” menurut kenyataan itu.

MCMC turut meneliti aspek penyebaran kandungan itu melalui platform media sosial dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan sekiranya terdapat unsur kesalahan lain yang memerlukan tindakan di bawah undang-undang berkuat kuasa.

MCMC menegaskan kebebasan bersuara hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab, berlandaskan undang-undang serta menghormati institusi diraja. 

Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan fakta, bukti dan proses perundangan yang sewajarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved