MCMC siasat kandungan media sosial sentuh institusi diraja

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 5:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MCMC siasat kandungan media sosial sentuh institusi diraja

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap kandungan media sosial yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.

MCMC berkata, siasatan itu dijalankan susulan aduan berhubung kandungan yang dimuat naik menerusi platform Threads yang menyentuh kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Katanya, sebagai sebahagian daripada proses siasatan, pihaknya telah merakam percakapan seorang individu di Balai Polis Labu bagi mendapatkan maklumat dan mengenal pasti fakta berkaitan.

“Turut disita bagi membantu siasatan ialah satu unit telefon bimbit berserta eSIM untuk tujuan analisis forensik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya dalam kenyataan.

Suruhanjaya itu berkata, pihaknya turut meneliti aspek penyebaran kandungan berkenaan menerusi platform media sosial selain bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan sekiranya terdapat unsur kesalahan lain yang memerlukan tindakan mengikut undang-undang berkuat kuasa.

“MCMC menegaskan bahawa kebebasan bersuara hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab, berlandaskan undang-undang serta menghormati institusi diraja. 

“Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan fakta, bukti dan proses perundangan yang sewajarnya,” katanya. – UTUSAN

 

The post MCMC siasat kandungan media sosial sentuh institusi diraja appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved