Isu Rohingya: Polis Kelantan buka kertas siasatan ke atas aktivis sosial

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 3:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isu Rohingya: Polis Kelantan buka kertas siasatan ke atas aktivis sosial

KOTA BHARU: Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung isu tular melibatkan aktivis media sosial dengan komuniti etnik Rohingya di negeri ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan.

“Polis Kelantan memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, aktivis tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook memberitahu dia ditahan polis bersama 15 individu lain, semalam.

Abbe Hae atau nama sebenarnya, Mohd. Azhan Mohd. Adnan yang juga pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan dikatakan ditahan petang semalam selepas tampil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Menurutnya, turut ditahan adalah Datuk Mizan dari ISejahtera Malaysia  dan Tengku Harith iaitu  Pengurusan Jenazah Pasir Puteh.

Bagaimanapun mereka sudah dibebaskan pada pukul 12 tengah hari ini.

Sementara itu, Mohd. Yusoff berkata, dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes samun yang melibatkan seorang individu daripada komuniti Rohingya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

 

The post Isu Rohingya: Polis Kelantan buka kertas siasatan ke atas aktivis sosial appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved