Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan Rohingya

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan Rohingya
Mohd Yusoff

KOTA BHARU - Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular membabitkan seorang aktivis media sosial dan komuniti Rohingya di negeri ini serta menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berkaitan isu berkenaan, iaitu di bawah Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihaknya memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusoff memberitahu, sebanyak 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2022 hingga Ogos 2026.

Jelasnya, angka berkenaan merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

"Pada masa sama, pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertujuan merekodkan identiti serta data biometrik pelarian secara sistematik.

"Langkah itu juga bagi membantu pihak berkuasa menjalankan tapisan keselamatan dan mengesahkan identiti individu yang berdaftar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan siasatan secara profesional serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Tambahnya, orang ramai turut diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

"PDRM komited memelihara ketenteraman awam, menegakkan undang-undang dan memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved