
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum sedia maklum, solat secara berjemaah mempunyai banyak kelebihan, antaranya ditawarkan ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding menunaikan solat bersendirian.
Bagaimanapun antara isu yang kadangkala berlaku di masjid atau surau adalah sikap jemaah yang enggan merapatkan saf. Seperti tahun lalu, tular di laman sosial menunjukkan banyak ruangan kosong dan lompong pada saf wanita ketika solat tarawih.
Perkara itu kemudiannya mencetuskan perdebatan ramai, dengan rata-rata netizen menyarankan golongan tersebut untuk solat di rumah sahaja sekiranya masih berdegil tidak mahu rapatkan saf.
Baca Artikel Berkaitan: “Jahil & Keras Kepala” – Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf Di Masjid Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dua Wanita Didakwa Solat Jemaah Tetapi Tak Mahu Rapatkan Saf
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] “Sakit Jiwa Aku Tengok” – Sikap Jemaah Wanita Tidak Rapatkan Saf Di Masjid Undang Perhatian
Wanita Kecewa Jemaah Degil Tak Nak Rapatkan Saf Solat Tarawih
Bagaimanapun isu itu kembali menjadi topik hangat untuk Ramadan tahun ini. Seperti yang tular di laman Threads (khairunnisa), kelihatan para jemaah wanita di sebuah masjid sedang menunaikan solat tarawih.
Namun kecewanya, mereka tidak merapatkan saf. Kelihatan terdapat ruang kosong yang besar di antara jemaah di saf kanan dan kiri.
Difahamkan perkara itu berlaku apabila ada jemaah yang keluar dari saf dan tidak meneruskan rakaat tarawih yang seterusnya. Oleh disebabkan itu, terdapat ruangan di antara jemaah-jemaah berkenaan.
“Orang perempuan memang degil ke? Apa salahnya rapatkan saf tu, maaf kita team 11 rakaat je, esok kerja,” kata pengguna Threads.
View on Threads
Kejadian Saf Lompong Turut Berlaku Di Masjid Lain
Menerusi ruangan balas, seorang netizen turut berkongsi satu lagi situasi sama yang berlaku di saf jemaah wanita semasa solat tarawih di masjid berlainan.
Dalam foto perkongsian, kelihatan terdapat satu ruang kosong di antara jemaah yang sedang sujud.
“Sama la di masjid saya solat semalam, kita buat lapan rakaat yang sambung buat 20 (rakaat) ni tak sambung saf,” kongsinya.
View on Threads
Hukum Jemaah Rapatkan Saf
Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd sebelum ini berkata beberapa ulama berpandangan bahawa merapatkan saf adalah wajib namun majoriti ulama berpendapat bahawa tindakan itu hanya sunat manakala meninggalkannya adalah makruh.
“Ini adalah kerana dalam hadis dinyatakan bahawa saf yang sama adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat tetapi tidak membatalkannya.
“Bagaimanapun, Rasulullah SAW ialah suri teladan bagi umat Islam sama ada lelaki atau wanita. Oleh itu, amat wajar untuk kita mengikut sunah Baginda Rasul dalam setiap bidang kehidupan terutamanya dalam ibadat,” jelas beliau.
Baca Artikel Berkaitan: Saf Depan Penuh, Nak Mulakan Saf Solat Jemaah Baharu Dari Sebelah Kanan Atau Kiri? [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]
Jemaah Belah Mana Perlu Diutamakan Rapatkan Saf?
Menerusi semakan kami, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa makmum hendaklah mengisi kedudukan di bahagian belakang imam kanan dan kiri, dan lebih diutamakan untuk dipenuhkan bahagian kanan saf.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat terhadap bahagian saf yang kanan.
[Riwayat Abu Daud (676)]
Mengulas kepada hadis itu, Syeikh Syams Al-Haq Al-‘Azhim Abadi berkata, “Pada hadis ini menunjukkan istihbab (tuntutan) untuk berada di bahagian kanan saf yang pertama dan saf-saf yang selepasnya.”
Ini menunjukkan bahawa kedudukan makmum di belakang imam hendaklah diutamakan bahagian kanan saf terlebih dahulu dan hukumnya adalah sunat.
Baca Artikel Berkaitan: Solat Duduk Ketika Berjemaah? Imam Jelaskan Kedudukan Kerusi Dalam Saf [Video]
Masalah Ego Atau Tidak Tahu Perlu Rapatkan Saf?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan sikap jemaah yang enggan merapatkan saf mereka.
“Pelik tau dari zaman asrama lagi saya perasan benda ni. Susah sangat ke nak rapatkan saf kalau dah perasan sebelah tu ada gap? Waktu sekolah dulu sampai kena tegur banyak kali rapatkan saf, rapatkan saf, tu pun ada lagi orang berdiri tak nak ke depan,” kata seorang netizen.
Malah ada juga yang memberi peringatan bahawa jemaah boleh bergerak ketika solat untuk merapatkan saf dengan syarat pergerakan tidak terlalu laju dan tidak melebihi tiga kali dalam satu-satu masa.
“Wahai wanita, waktu solat boleh je ya bergerak untuk rapatkan saf, cuma tak boleh laju-laju je, aku pun stres ya orang begini,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa kejadian saf lompong ini berlaku kerana sikap seseorang yang ego dan tidak mahu mengalah.
“Duk kejar nak buat ibadah dekat masjid tapi ilmu dan hukum yang basic pun sombong tak nak belajar dan amalkan. Kadang bukan sebab tak tahu, bukan tak pernah belajar atau dengar dekat mana-mana ceramah tapi ego dan tak nak guna akal.
“Inilah sebab wanita tak diwajibkan solat di masjid. Nak kejar buat ibadat tapi masih pentingkan diri,” kata seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:










