Isu Tak Jaga Maruah Dalam Iddah, Cik Epal Mohon Maaf & Akui Silap – “Siapa Je Kahwin Nak Cerai, Benda Ini Pertama Kali Aku Lalui

LocalEntertainment
17 Oct 2024 • 12:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi akaun TikTok, pempengaruh dan usahawan, Cik Epal memohon maaf selepas didakwa tidak menjaga maruah dalam tempoh iddah.

Ujar Cik Epal, sudah tentu apa yang dihadapinya sekarang adalah benda baru yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.

Isu menjaga maruah dalam tempoh iddah tu aku minta maaf. Aku akan perbaiki kelemahan aku. Siapa je kahwin nak bercerai, so benda-benda dalam iddah ni benda yang pertama kali aku lalui. Itu silap aku, terlepas pandang

Ibu kepada dua anak itu juga turut memohon maaf kerana memberikan contoh yang tidak baik.

image is not available

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji Cik Epal kerana mengakui kesilapannya dan berkata tidak semestinya orang yang meminta maaf itu kalah.

Hebat CE. Mengakui dan memohon maaf atas kekhilafan sendiri.

image is not available

Terdahulu, bekas suaminya Jofliam menerusi video di Instagram telah menyelar Cik Epal dan mendakwa dia tidak menjaga maruahnya di dalam iddah gara-gara isu ‘dikenenkan’ dengan Fattah Amin.

image is not available 3 days ago

"Awak Cakap Dewi Tak Jaga Hati Awak.." - Jofliam 'Sound' Cik Epal, Suruh Jaga Maruah Dan Taat Dalam Tempoh Iddah