Ustaz Azhar Idrus Dedah Hukum Isteri Berkenalan Atau Bercinta Ketika Dalam Iddah Dengan Lelaki Lain

Entertainment
15 Oct 2024 • 3:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkongsi tentang hukum seorang isteri berkenalan atau mempunyai hubungan dengan lelaki lain ketika dalam tempoh iddah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ustaz Azhar di Instagram, beliau telah menerima soalan berkaitan hukum seorang isteri dalam iddah berkenalan dengan lelaki lain.

Hukum isteri berkenalan dengan lelaki lain ketika tempoh iddah

Jelas Ustaz Azhar Idrus, hukumnya adalah haram bagi wanita yang dalam tempoh iddah untuk berkenalan atau menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Hal ini disebabkan, wanita tersebut masih dianggap isteri kepada suaminya dan dalam tempoh iddah, mereka masih boleh rujuk kembali jika ada persetujuan bersama.

“Haram isteri yang masih dalam iddah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain kerana dia masih dalam hukum isteri orang,” jelasnya dalam hantaran tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai pandangan Imam Ibnu Quddamah dalam Kitab Al-Mughni, yang mana perempuan yang masih dalam tempoh iddah raj’ie tidak halal untuk dipinang oleh mana-mana lelaki. Tempoh iddah ini adalah masa bagi pasangan suami isteri untuk berfikir dan boleh untuk kembali bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Azhar Idrus (@uaioriginal)

Belakangan ini, isu perceraian suami isteri menjadi topik perbahasan orang ramai di media sosial.

Kisah perceraian yang menjadi bualan hangat ini turut memperlihatkan pengguna media sosial berpecah kepada dua yang mana sebelah pihak menyokong pihak lelaki manakala sebelah lagi menyebelahi pihak perempuan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.