Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu

LocalHealth & Fitness
16 Oct 2026 • 7:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melaksanakan langkah penambahbaikan bagi mengurangkan masa menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra, dekat sini.

Ia susulan beberapa hantaran serta video tular berkaitan penyampaian perkhidmatan di hospital itu.

JKN Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum kebimbangan orang ramai, khususnya berhubung masa menunggu pesakit dan dakwaan mengenai anggota bertugas.

“Berhubung dakwaan anggota tidur ketika bertugas, hasil semakan mendapati anggota terbabit sedang menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.

“Sementara itu, satu lagi video yang tular dikenal pasti sebagai rakaman lama sempena sambutan hari raya pada Mac lalu selepas anggota terlibat selesai bertugas,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pesakit yang mendaftar di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra pada pukul 7.30 pagi, 9 Oktober lalu didapati meninggalkan jabatan itu sebelum dipanggil untuk mendapatkan rawatan.

“Pesakit berkenaan dikategorikan sebagai kes zon hijau atau bukan kritikal selepas saringan klinikal.

“Ketika itu, pasukan perubatan sedang merawat seorang pesakit kritikal di zon merah dan dua pesakit separa kritikal di zon kuning,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, pesakit berkenaan telah dimaklumkan bahawa keutamaan rawatan diberikan berdasarkan tahap kecemasan sebelum dipanggil pada pukul 8.36 pagi, namun didapati telah meninggalkan jabatan tersebut.

JKN Kedah menegaskan komitmennya untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan bagi memastikan rawatan kesihatan yang selamat, cekap dan berkualiti. – KOSMO! ONLINE

The post Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved