Isu tunggakan bayaran kontraktor KKDW, Fadhli Shaari dakwa ada dua kemungkinan

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 12:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu tunggakan bayaran kontraktor KKDW, Fadhli Shaari dakwa ada dua kemungkinan
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa terdapat dua kemungkinan berhubung isu banyak tunggakan bayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek di bawah kendalian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahmad Fadhli berkata, pertama kerajaan sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius sehingga mengganggu aliran tunai (cash flow) atau yang kedua sengaja menangguhkan bayaran.

Menurutnya, ia sebagai satu bentuk gangguan terhadap kementerian yang diketuai oleh Presiden UMNO atas alasan yang semua pihak boleh membacanya khususnya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

 "Jangan sabotaj kerajaan sendiri. Sekalipun kerajaan Madani sudah berada di hujung tanduk, tetapi selagi mandat masih berbaki, pentadbiran negara perlu berjalan dengan sempurna demi kebaikan rakyat tanpa mengira warna bendera politik.

 "Kecuali jikalau kerajaan Madani sudah tiada minat lagi untuk mentadbir negara, serahkan kembali mandat kepada rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa banyak bayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek di bawah kendalian KKDW tertunggak.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan KKDW berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya.

Tambah Ahmad Fadhli, pendedahan itu adalah satu perkara yang agak mengejutkan.

Jelasnnya, sudah tentu isu tersebut sudah sampai ke peringkat yang sangat serius sehingga Timbalan Perdana Menteri sendiri selaku menteri yang berkaitan terpaksa menyebutnya secara terbuka.

 "Inilah kali pertama rakyat menyaksikan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri menyebut isu berkaitan urus tadbir khusus di bawah Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri tanpa berselindung lagi.

 "Rakyat sedang menyaksikan drama ini dengan penuh bimbang. Adakah kerajaan sebenarnya sedang berkonflik sesama sendiri?  ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved