RM1 Bilion Tak Disalur Kepada KKDW? Ini Respon MoF Kepada Akmal

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 5:20 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

RM1 Bilion Tak Disalur Kepada KKDW? Ini Respon MoF Kepada Akmal

Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan hampir RM1 bilion peruntukan yang diluluskan untuk projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak disalurkan.

Dakwaan itu dibangkitkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang mempersoalkan kelewatan bayaran kepada kontraktor yang telah melaksanakan projek di bawah KKDW.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, berkata tiada sekatan dikenakan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar dan semua peruntukan yang diluluskan telah disalurkan sepenuhnya.

KKDW Belanja Melebihi Bajet

Menurut MoF, masalah pembayaran kepada kontraktor berlaku kerana peruntukan tahun semasa KKDW telah hampir sepenuhnya dibelanjakan.

Data MoF menunjukkan KKDW mula membelanjakan melebihi peruntukan tahunan bagi projek jalan luar bandar sejak 2023.

Pada 2023, KKDW membelanjakan RM1.8 bilion berbanding peruntukan RM1.1 bilion. Jumlah itu meningkat kepada RM2 bilion berbanding RM1.3 bilion pada 2024 dan RM2.3 bilion berbanding RM1.6 bilion pada 2025.

Pada 2022, peruntukan dan perbelanjaan masing-masing berjumlah RM1.1 bilion.

RM300 Juta Tambahan Untuk Bayaran Tertunggak

Bagi 2026, KKDW menerima peruntukan RM2.1 bilion dan telah membelanjakan RM1.9 bilion setakat Jun.

MoF turut meluluskan RM300 juta peruntukan tambahan bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

MoF juga sedang bekerjasama dengan KKDW untuk menyusun semula peruntukan berdasarkan keutamaan, selain mengenal pasti penjimatan daripada kementerian lain bagi membantu menampung lebihan komitmen KKDW.

Dengan itu, MoF menegaskan isu bayaran tertunggak bukan berpunca daripada sekatan peruntukan, sebaliknya berkait dengan komitmen dan perbelanjaan KKDW yang melebihi bajet tahunan yang diluluskan.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved