“Itu bukan Mira atau boss” – Bekas Akauntan Dakwa Staf View Chin Kena Tempias Kes Curang

Entertainment
19 Apr 2023 • 3:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan dengan kecaman hebat terhadap View Chin, pastinya ramai yang ‘menyerang’ akaun media sosial dan segala maklumat yang ada, salah satunya adalah nombor WhatsApp yang mungkin digunakan atas tujuan bisnes yang disediakan di profil media sosial.

Secara tidak langsung, hal ini telah membuatkan staf yang bekerja di syarikatnya juga terheret dalam kontroversi dan paling menyedihkan lagi, mereka menjadi kecaman bahkan ancaman segelintir pihak.

Jadi, sebagai langkah untuk melindungi nasib staf yang tak bersalah, bekas akauntan yang dikenali sebagai AA mohon kepada orang ramai untuk tidak menggunakan platform WhatsApp sebagai tempat melemparkan kata-kata negatif.

 

Nombor tu bukan Mira atau boss, itu staf dan staf tu kawan saya

image is not available

Menerusi akaun Twitter, AA memohon orang ramai agar tidak menghamburkan kata-kata kesat kepada nombor tersebut kerana ia bukanlah dijaga oleh View Chin mahupun Mira. Ia dijaga oleh salah seorang staf dan staf tersebut merupakan sahabatnya.

AA menjelaskan, ini kerana rakannya itu sering diganggu setiap hari dengan kata-kata kecaman seperti penyondol. Gesa AA, seandainya bengang dengan mereka sekalipun kecam di media sosial sahaja.

“Kami cuma staf, kerja itu kerjalah. Hal peribadi itu hal perbadi,kalau awak nak kecam pergilah dekat media sosial dia, jangan kacau staf, diaorang tak salah, diaorang cuma buat kerja diaorang je.”

Bahkan AA juga menemplak segelintir pihak yang sanggup ke pejabat mereka dan ambil gambar.

“Awak dah salah sebab langgar kehidupan privasi orang, awak dah buat mereka takut. Diaorang cuma buat skop kerja sahaja, jangan sesekali kacau diaorang.”

image is not available

Dalam pada itu, AA yang sebelum ini pernah bekerja sebagai akauntan di syarikat tersebut ada tampil mendedahkan mengenai kereta Mercedes.

Sebagai info, sebelum ini tular satu foto yang kononnya boss ada belikan Mira kereta Mercedes. AA menyatakan bahawa bayaran bulanan ditolak melalui gaji bulanan sendiri.

image is not available

AA juga menempelak mana-mana individu yang menggunakan platform bisnes untuk jadikan tempat kecaman. Bahkan AA juga ada memberi respon berkenaan dengan kenyataan View Chin baru-baru ini adalah tidak benar.

Apapun, berpada-padalah kalau nak hambur kata-kata pedas, usah libatkan staf yang niat mereka adalah untuk mencari rezeki.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.