“Itu kan lelaki!” – [VIDEO] Berpegangan Tangan Dengan Lucinta Luna, Video DSV Dikecam Netizen

Entertainment
15 Sep 2022 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, kalau dah jumpa geng sekepala, kita akan buat perkara yang gila-gila dan luar dari jangkaan.

Pun begitu, ia akan jadi sedikit berbeza jika anda seorang yang mempunyai ramai pengikut di media sosial, setiap tingkah laku anda akan diperhatikan.

Itulah yang terjadi kepada usahawan kosmetik Dato Seri Vida (DSV), yang menerima kecaman hebat daripada netizen selepas videonya berseronok bersama Lucinta Luna di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tular semalam.

@lucintaluna12

Bila ada laki laki hansem mat saleh … Ratu pura pura pingsan biar di tolongin … ya kan dato @QU PUTEH BARULAH PUTEH @Jengker

♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA

Dalam video itu, kelihatan DSV dan Lucinta Luna berjalan seiringan melintasi jalan bersama termasuk pelakon dan penyanyi tempatan Ifa Raziah.

Selepas, mereka melintasi jalan tersebut, pelakon Indonesia itu berpura-pura pengsan untuk menarik perhatian seorang ‘Mat Salleh’ di situ, dan ketika itu dia tidak dihiraukan sebaliknya DSV yang memegangnya dan ‘membantunya’.

“Bukan ke dia lelaki?”

Video itu membuatkan ramai netizen tidak begitu selesa, ramai yang kecam perbuatan jutawan kosmetik itu kerana kelakuannya itu dilihat melampau, malah Lucinta Luna juga sebelum ini pernah memberitahu yang dirinya itu sebenarnya lelaki. Jadi, bukan mahram lah kan?

image is not available

Tak salah nak berhibur, tapi berpada-pada lah kan…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.