
Seperti yang diketahui, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai keunikan budaya, alam semula jadi, makanan dan masyarakat yang berbilang kaum.
Setiap pelancong yang berkunjung, pastinya jatuh hati dengan sisi yang terdapat pada negara ini.
Jadi, tidak hairan mengapa Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong luar untuk melihat keindahan dan keunikan di negara ini.
Lebih-lebih lagi, melancong ke negara luar dapat membuka mata dalam mempelajari tentang gaya hidup dan tradisi kebudayaan serta sejarah di destinasi yang dituju.
Tiga Meter.. King Cobra

Begitulah perkongsian rawak seorang mat saleh yang berdiri di tepi jambatan di sebuah sungai.
Dalam perkongsian video di TikTok @frenzyoutfitter, dia berkongsi melihat salah satu reptilia paling berbisa di Malaysia.
"Oh King Cobra guys...bawah sana. Itu mungkin hampir tiga meter King Cobra," katanya.
Dalam klip berkenaan, mat saleh itu memaklumkan mengenai reptilia berbisa itu apabila ditanya "bagaimana awak tahu"

Netizen Pening Nak Terkejut Mana Satu
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan reaksi bersahaja. Lebih-lebih lagi lelaki berkenaan sempat bertutur dalam Bahasa Melayu.
Ada sebahagian pengguna turut berkongsi pengalaman dan tip ketika berdepan dengan haiwan ini
"'3 meter' tu dah mcm bunyi uai dah," seloroh.seorang pengguna.
"mula-mula ingat video luar negara..pastu "tige miter"" komen seorang lagi.
"lahhh orang melayu ke," tulis seorang lagi
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 27,000 tanda suka dengan lebih 400,000 tontonan di laman TikTok.






