“Dah Macam Britney Spears Malaya” – Enot Terus Dikritik Selepas Kongsi Video ‘Goyang’, Netizen Persoal Kapsyen Main Nama Tuhan

LocalEntertainment
10 Aug 2026 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Enot sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video terbaharu di media sosial, tidak lama selepas penampilannya yang tidak lagi berhijab mencetuskan pelbagai reaksi.

Menerusi hantaran tersebut, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah dilihat menari sambil meninggalkan kapsyen ringkas.

Advertisement
View this post on Instagram

“Salam goyang lagi. Allah maha mengetahui! Alhamdulillah.”

Netizen Persoal Tindakan Enot

Bagaimanapun, perkongsian tersebut sekali lagi mengundang teguran segelintir pengguna media sosial.

Ada yang mempersoalkan tindakannya menyebut nama Allah dalam kapsyen berkenaan, manakala beberapa individu lain berpendapat terdapat percanggahan antara mesej yang disampaikan dengan kandungan video tersebut.

Enot

“Maksudnya Allah tahu? Lepas tu kalau buka tudung tu tak jadi kesalahan ke macam mana? Tak berapa faham caption dengan perbuatan. Bukan kecam, saya tanya.”

Seorang lagi netizen turut menulis:

“Kak, jadilah apa pun tapi janganlah guna nama Allah dengan isu yang akak hadapi semata-mata validation.”

“Hari Ini Hari Aku Terima Ujian”

Dalam satu lagi hantaran, Enot dilihat meluahkan pendiriannya berhubung kritikan yang diterimanya.

Menurut pelakon itu, perjalanan seseorang bukan hanya mengenai menutup aurat dan menunaikan solat, sebaliknya turut merangkumi cara seseorang menghormati orang lain serta menjaga tutur kata.

e

“Perjalanan kita ke syurga bukan setakat tutup aurat dan solat 5 waktu je, tapi cara kita hormat menghormati sesama kita, jangan menghukum orang sesuka hati, menghina dan mengutuk orang, menjaga setiap bait-bait kata-kata yang korang keluarkan.”

Enot turut mengakui dirinya bukan individu sempurna dan menyerahkan penilaian terhadap dirinya kepada Allah.

“Aku memang pendosa, biar Allah tentukan. Alhamdulillah, alhamdulillah yang menghina dan mengutuk aku! Hari ini hari aku terima ujian ni semua, nanti hari korang ujian untuk korang baru korang rasa macam mana!”

Terdahulu, Enot turut menjadi perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan perubahan fizikalnya dengan keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Ketika itu, Enot meminta orang ramai supaya tidak membuat andaian mengenai kehidupannya kerana setiap individu mempunyai dugaan masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ENOT2026-08-07 14:07:00

Kini 'Free Hair' Berambut Merah, Penampilan Terkini Pelakon Dan Pelawak Jadi Tumpuan - "Ini Dugaan Saya, Dugaan Awak Belum Tahu Lagi"

The post “Dah Macam Britney Spears Malaya” – Enot Terus Dikritik Selepas Kongsi Video ‘Goyang’, Netizen Persoal Kapsyen Main Nama Tuhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved