“Itukan Public Space” – Wanita Tegur Jiran Parkir Di Bahu Jalan Seberang Rumah, Tapi Ramai Tak Setuju

26 Feb 2026 • 10:56 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam suasana kehidupan berjiran, ahli komuniti perlulah saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.

Seperti dalam soal parkir di kawasan perumahan, tidak dapat dinafikan seolah-olah ada ‘peraturan’ bahawa kawasan atau petak tertentu dimiliki oleh sesebuah rumah.

Namun ini tidak bermakna sesuatu kawasan itu sememangnya dimiliki oleh seseorang mengikut undang-undang.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Boleh Relate Luahan Wanita Tentang Budaya Cop Parkir Di Rumah Flat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Kecewa, Jiran Maki & Tampal Tape Merah Pada Kereta Kerana Isu Parkir [Video]

Wanita Tinggalkan Surat Pada Jiran Kerana Parkir Di ‘Tempatnya’

Dalam satu hantaran di Threads, seorang wanita berkata terdapat jiran yang meletakkan kenderaan di ‘tempatnya’.

Dia turut meninggalkan surat bertulis tangan di atas cermin depan kereta jirannya yang meminta agar individu berkenaan untuk tidak lagi memarkir kenderaannya di tempat tersebut.

image is not available

“Berapa kali nak bagitahu ni? Tempat yang awak parkir ni tempat saya. Orang balik kerja penat-penat tengok pula parkir kena rembat.

“Tolonglah ye lain kali. Kalau nampak kosong maksudnya saya tak balik kerja lagi. Mohon bagi kerjasama. Terima kasih,” tulis pada surat terbabit.

image is not available

Kawasan Parkir Yang Dimaksudkan Bukan Betul-Betul Di Depan Rumah Wanita

Dia turut memuat naik gambar tempat parkir yang dimaksudkan iaitu di bahu jalan seberang rumahnya dan bukanlah betul-betul di hadapan pagar rumahnya.

Ini bermakna kawasan tersebut merupakan tempat umum dan tidaklah menghalang pintu pagar rumahnya jika kenderaan lain diletakkan di situ.

Sebaliknya, jika seseorang meletak kenderaan di hadapan rumah jiran atau persekitarannya sehingga menyebab halangan lalu lintas, dia boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda antara RM1,000 ke RM5,000 atau penjara tidak kurang daripada setahun atau kedua-duanya sekali.

Namun sudah menjadi kebiasaan bagi penghuni rumah bertanah (landed house) untuk mengutamakan kawasan lapang di depan kediamannya untuk dijadikan parkir memandangkan setiap rumah kini mempunyai 2,3 buah kereta.

image is not available

Orang Ramai Setuju Ia Kawasan Awam, Sesiapa Boleh Parkir Di Situ

Menjenguk ke ruangan balas, rata-rata warganet sememangya tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu kerana ‘cop’ parkir yang terletak di tempat awam.

“Entitled betul. Sebab kawasan terbuka tu depan rumah, ingat dia punya. Tak bermakna awak parkir di situ 20 tahun, ia jadi hak awak,” kata seorang individu.

“Dari gambar boleh nampak kawasan awam. Walaupun depan rumah awak, tak bermakna itu hak awak. Awak yang buat kesalahan sebab marah orang yang parkir kat kawasan awam,” seorang lagi berkongsi pendapatnya.

Malah ada juga yang menjelaskan bahawa walaupun seorang penduduk menanam pokok buah-buahan di kawasan luar pagarnya, ia bukanlah miliknya dan mengikut undang-undang sesiapa sahaja boleh mengambil buah tersebut.

Dalam masa sama, ada juga segelintir individu yang merasakan isu parkir di kawasan kejiranan perlukan toleransi, khususnya kawasan yang berada di depan rumah jiran.

“Benda ni kena ada adab sebagai penduduk satu taman, tak boleh sesuka hati claim. Cuba bincang dengan jiran awak sebab dah lama duduk di situ kan,” katanya.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Parkir Kereta Di Kawasan Flat Yang Telah ‘Dicop’, Kereta Kena Conteng & Cermin Sisi Pula Dikepak

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Calarkan Kereta Gara-gara Tak Puas Hati Parkir Dicopnya Tetap Diambil [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular 2 Individu Kutip Parkir Secara Haram Di Kawasan Tempat Letak Kereta Awam [Video]