
PUTATAN: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dalam usaha menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW) di bawah 40 peratus menerusi program yang dilaksanakan sejak satu tahun lalu.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ketika ini JANS berjaya menurunkan kadar NRW daripada 60 peratus kepada 56 peratus.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Setakat ini kita cuma dapat menurunkan sebanyak 56 peratus menghampiri sasaran (54 peratus) sebelum ini melalui program NRW yang dilaksanakan dan kita sedang berusaha untuk cuba mengurang kadar NRW ke bawah 40 peratus.
“Tetapi ini bukan berlaku dalam tempoh sekelip mata, ia akan memakan masa dengan cabaran yang sentiasa datang seperti sambungan haram yang mana setiap bulan kita lakukan operasi memotong sambungan haram tetapi ia tetap disambung semula,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Surau Al-Amin, Kampung Pituru, di sini pada petang Khamis.
Shahelmey diminta mengulas kadar NRW terkini susulan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji baru-baru ini bahawa NRW telah berjaya diturunkan daripada 60 peratus sebelum ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan menjelaskan bahawa JANS berdepan dengan dua cabaran utama dalam usaha menangani isu masalah bekalan air di negeri ini.
“Di peringkat penghasilan air iaitu melibatkan Loji Rawatan Air (LRA), proses rawatan air terganggu disebabkan cuaca hujan, berlaku banjir dan kekeruhan air tinggi. Ini menyebabkan loji terpaksa dihentikan sehingga kekeruhan air berada di julat yang dibenarkan untuk dirawat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Di loji juga kita berhadapan urusan teknikal melibatkan peralatan yang sudah usang dan perlu dibaiki segera, manakala di peringkat agihan dikaitkan dengan NRW akibat isu paip pecah sebab usang atau kerja-kerja pembinaan selain sambungan haram,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap program JANS akan dapat mengembalikan semula air yang hilang disebabkan kadar NRW.
“Dalam masa sama kita mempunyai program mengurangkan kadar NRW yang sudah berjalan sejak setahun lalu dan ada setahun lagi. Jika ia berjaya dilaksanakan untuk kawasan Kota Kinabalu, kita berharap dapatkan semula 10 juta liter air sehari yang hilang disebabkan kadar NRW.
“Malah pihak kerajaan negeri juga telah melantik beberapa kontraktor untuk membuat penyelenggaraan paip usang, dan jika berlaku paip pecah mereka akan segera buat kerja-kerja pembaikan,” katanya.
Sementara itu, mengenai perkembangan LRA Telibong Fasa 2, beliau memaklumkan pembinaannya sedang berjalan namun ada kerosakan pada pam dan sedang diperbaiki.
“Bagaimanapun, sebenarnya di LRA Telibong Fasa 2 ini kapasiti yang dihasilkan hanya 20 peratus sebab paip baru untuk air dihantar ke Sepanggar masih dalam pembinaan.
“Kita jangkakan ia siap dibina sekitar Jun atau Julai ini, jadi apabila ia siap, kapasiti air yang dihasilkan dapat kita gunakan secara optima untuk dibekalkan kepada pengguna,” jelasnya.




